Wednesday, 30 October 2013

Rezeki Allah itu pasti!

Alahamdullilah.
Allah beri lagi kami rezeki.
Syukur yang teramat sangat.

Pengalaman ketiga. Subhanallah, memang dirancang & Allah perkenankan. Kali ini jarak tidak terlalu lama tapi kami rasa sudah cukup sesuai. Insya Allah.

Mual, muntah, mulut pahit, Ya Allah itu semua dugaan.
Susah nak senyum & cepat stress, sangat mudah tersentuh & tak boleh dengar suara yang kuat & deras.
Ya Allah tension sungguh rasanya.
Astagfirullah, cuba hadapi dgn tenang walaupun pelbagai dugaan.

Hari ini dah masuk minggu ke-10, mual, muntah & mulut terasa pahit masih belum hilang lagi.
Tak sabar menanti minggu ke 12 dan ke atas.
Allah tarik sedikit nafsu makan, padahal sebelum ini pantang jumpa pastinya berselera sahaja.
Itu semua dugaan.

Untuknya wanita hamil, pahala berganda bila beribadah.
Melahirkan juga satu perjuangan.
Syukur Allah beri peluang ini lagi. Alhamdulillah.

Semoga semuanya berjalan lancar. Sokongan suami yang paling penting. Kali ni tak boleh langsung bau ikan, sotong, udang mentah.
Dan dah lama juga dapur itu tidak berasap.
Maaf ye suami & anak2, Insya Allah akan kembali seperti sediakala nanti.
Tak sabar menanti anugerah ini tahun hadapan.
Permudahkan semuanya Ya Allah.
Amin Ya Rabb.



2 comments:

Diyana said...

Alhamdulillah.. Tahniah. Happy for you Kak Liya... Semoga saya bakal mengikut jejak! hehehe...

Cikgu Asliya said...

Insya Allah.
meh follow i..
hehe