Friday, 22 July 2011

Di sebalik Surah Ar-Rahman (Bahagian 2)

Sambungan Surah Ar-Rahman dari ayat 29 hingga 78...

 "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Seperti yang kita tahu ayat diatas diulangi sebanyak 31 kali pada surah Ar Rahman, bermula dari ayat 13..

Pada ayat 29 -78 surah Ar-Rahman lebih menceritakan tentang balasan kepada Manusia & Jin yang kufur serta nikmat  & keindahan di Syurga bagi Manusia & Jin yang baik amalannya ...

Pada ayat 29 menyatakan bahawa setiap masa Allah sentiasa dalam urusannya(mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya), di mana sekalian makhluk di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya..

Di dalam surah ini juga dinyatakan bahawa Allah hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal manusia dan jin (pada hari kiamat), namun Allah menyatakan jin dan manusia tidak akan dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasanNya.

Pembalasan bagi Manusia & Jin yang Ingkar
Kepada golongan Manusia & Jin yang kufur ingkar, mereka akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar) & mereka ini tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). 

Ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak, pada masa itu tiada sesiapapun (sama ada manusia atau jin), yang akan ditanya tentang dosanya. Ini kerana masing-masing dapat dikenali berdasarkan keadaan mereka. Di mana orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya (contohnya rupa paras, keadaan fizikal & sebagainya). Lalu, orang2 berdosa ini dipegang dari atas kepala dan kakinya serta diseret ke neraka. Lalu dikatakan kepada mereka "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya (tidak mempercayainya)". Mereka terus diseksa berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak & sangat panas! 

Pembalasan bagi Manusia & Jin yang baik amalannya & beriman (Keindahan Nikmat Syurga)
Namun bagi orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya, disediakan baginya dua Syurga. Syurga sebagai balasan amal yang baik : ~

Dua Syurga yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir dan terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan yang biasa dan yang luar biasa. Penghuni Syurga akan bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan pada sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam. Buah-buahan yang terdapat pada kedua-dua Syurga itu sangat hampir  untuk dipetik.

Di dalam Syurga-syurga itu juga terdapat bidadari-bidadari
cantik berseri seperti permata delima dan marjan yang pandangannya tertumpu kepada mereka semata-mata, yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.

Dan selain dari dua Syurga itu, terdapat dua Syurga lagi. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Penduduk Syurga itu bersenang-senang di dalamnya dengan berbaring di atas bantal-bantal dan cadar-cadar yang berwarna hijau  serta permaidani-permaidani yang sangat indah. 

Indahnya Syurga itu..Subhanallah
..Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. 

Wasalam

Di sebalik Surah Ar-Rahman (Bahagian 1)

Alhamdullilah, hari ini dikurniakan umur & kesihatan yang semakin baik...semalam batuk teruk waktu malam..adoi, rasa siksa sangat, nak makan lozenge pun kena tengok internet untuk tahu lozenge mana yang boleh dimakan untuk preggy woman...huhu

Hari ini kalu boleh nak baca terjemahan surah Ar-Rahman pulak..apakah sebenarnya maksud disebalik surah Ar-Rahman ni ye, pada bahagian ini cuma dari ayat 1 - 28 je. Insya Allah ayat seterusnya akan disambung lain kali.

Surah Ar-Rahman (Arab: الرّحْمنن) adalah surah ke-55 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 

Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, yaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Semalam salah seorang calon qariah Tilawah Al-Quran dari India ada baca ayat2 dari surah ini ..memang sedap je bacaannya kerana terdapat kalimat Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban   (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)  yang terletak di setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia & Jin. Ia adalah Ciri khas surah ini kerana kalimat tersebut berulang 31 kali. Kalimat ini bermula pada ayat ke 13 pada surah ini.

Di dalam surah ini menyatakan betapa pemurahnya Allah S.W.T kerana Allah berkuasa mengajarkan manusia Al-Quran, mencipta manusia, membolehkan manusia bertutur & menerima penyataan. Allah juga berkuasa mengatur matahari & bulan beredar mengikut peraturan & hitungan tertentu. Tumbuhan & pohon kayu juga menurut peraturan Allah. Allah mengadakan langit membumbung tinggi serta undang2 & peraturan neraca keadilan.

Dengan nikmat dan kemurahan Allah ini adalah sebagai teladan manusia supaya tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Allah berfirman :~

"Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."
Surah Ar-Rahman : Ayat 9

Jika dilihat pada ayat ini. Dari sudut menimbang pun Allah S.W.T sentuh. Menimbang barangan dalam jual beli sangat diambil berat oleh Allah S.W.T, kerana rezeki yang datang dari penipuan walaupun sedikit adalah HARAM.

Pada ayat yang seterusnya, Allah berfirman bahawa, DIA menjadikan bumi ini rata & adil untuk kegunaan manusia & semua makhluk-NYA. Nikmat Allah jika kita lihat terdapatnya buah-buahan, pepohon kurma yang punya kelopak mayang, bijian yang berjerami & berdaun (seperti padi & gandum), dan bunga-bungaan yang harum.

Di dalam surah ini juga Allah menceritakan tentang kejadian manusia dari tanah liat kering seperti tembikar & Jin adalah dari lidah api yang menjulang & Allah berkuasa mentadbir timur dan barat.
Bila terbaca ayat 19-20 dalam Ar-Rahman, teringat dalam FB ada seorang friend hantar satu movie pendek berkenaan air tawar & air sungai yang tidak bercampur walaupun ia bertemu. Perkara ini memang terbukti dalam 2 ayat ini yang bermaksud :

"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu" ~ Ar-Rahman : Ayat 19

"Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya" ~ Ar-Rahman : Ayat 20

Subhanallah dalam Al-Quran sendiri tertulis..!!!..Kagumnya..!!

 Pertemuan air masin & air tawar, namun ia tidak bercampur seolah2 ada yang membatasinya

 Sungai Tawar dalam air laut, ditemui oleh Mr.Jacques Yves Costeau, seorang Ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. 

Tidakah kita berfikir Qur'anul Karim yg telah tertulis 1400 tahun lalu, saat belum ada peralatan oceanography secanggih abad 20. Allahuakbar!!!

Pada ayat 22 pula bermaksud :
"Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan" ~ Ar-Rahman : Ayat 22

Di dalam Al-Quran sendiri tertulis berkenaan Mutiara & Marjan. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini ditemukan di dasar laut yang luas terbentang sebagai bukti kekuasaanNya.. Subhanallah.

  Mutiara dalam lautan

 Marjan
Apa itu Marjan?, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu, tapi berdasarkan pencarian, diketahui bahawa Marjan adalah sejenis batu berwarna merah, ada merah terang dan ada merah tua. Ada kalanya juga berwarna putih dan ada juga yang hitam berkilat.  Jika dilihat dengan teliti kelihatan jalur-jalur seperti urat-urat kayu yang di potong. Sekarang ianya amat jarang ditemui kerana adanya kawalan alam sekitar yang ketat. Berbeza dari batu permata yang lain, marjan atau coral ini ialah berasal dari bahan organik seperti mutiara. Batu ini mengandungi kalsium yang tinggi. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini adalah antara perhiasan-perhiasan syurga. Subhanallah.. (dipetik dari : http://amar-azophil.blogspot.com/2010/04/mutiara-dan-marjan.html)

Kemudian, pada ayat yang seterusnya menyatakan Allah menguasai kapal2 yang berlayar di laut. Namun segalanya yang ada di bumi itu akan binasa...yang kekal adalah Dzat Allah yang mempunyai kebesaran & kemuliaan...

bersambung.....