Friday, 22 July 2011

Di sebalik Surah Ar-Rahman (Bahagian 1)

Alhamdullilah, hari ini dikurniakan umur & kesihatan yang semakin baik...semalam batuk teruk waktu malam..adoi, rasa siksa sangat, nak makan lozenge pun kena tengok internet untuk tahu lozenge mana yang boleh dimakan untuk preggy woman...huhu

Hari ini kalu boleh nak baca terjemahan surah Ar-Rahman pulak..apakah sebenarnya maksud disebalik surah Ar-Rahman ni ye, pada bahagian ini cuma dari ayat 1 - 28 je. Insya Allah ayat seterusnya akan disambung lain kali.

Surah Ar-Rahman (Arab: الرّحْمنن) adalah surah ke-55 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 

Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, yaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Semalam salah seorang calon qariah Tilawah Al-Quran dari India ada baca ayat2 dari surah ini ..memang sedap je bacaannya kerana terdapat kalimat Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban   (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)  yang terletak di setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia & Jin. Ia adalah Ciri khas surah ini kerana kalimat tersebut berulang 31 kali. Kalimat ini bermula pada ayat ke 13 pada surah ini.

Di dalam surah ini menyatakan betapa pemurahnya Allah S.W.T kerana Allah berkuasa mengajarkan manusia Al-Quran, mencipta manusia, membolehkan manusia bertutur & menerima penyataan. Allah juga berkuasa mengatur matahari & bulan beredar mengikut peraturan & hitungan tertentu. Tumbuhan & pohon kayu juga menurut peraturan Allah. Allah mengadakan langit membumbung tinggi serta undang2 & peraturan neraca keadilan.

Dengan nikmat dan kemurahan Allah ini adalah sebagai teladan manusia supaya tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Allah berfirman :~

"Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."
Surah Ar-Rahman : Ayat 9

Jika dilihat pada ayat ini. Dari sudut menimbang pun Allah S.W.T sentuh. Menimbang barangan dalam jual beli sangat diambil berat oleh Allah S.W.T, kerana rezeki yang datang dari penipuan walaupun sedikit adalah HARAM.

Pada ayat yang seterusnya, Allah berfirman bahawa, DIA menjadikan bumi ini rata & adil untuk kegunaan manusia & semua makhluk-NYA. Nikmat Allah jika kita lihat terdapatnya buah-buahan, pepohon kurma yang punya kelopak mayang, bijian yang berjerami & berdaun (seperti padi & gandum), dan bunga-bungaan yang harum.

Di dalam surah ini juga Allah menceritakan tentang kejadian manusia dari tanah liat kering seperti tembikar & Jin adalah dari lidah api yang menjulang & Allah berkuasa mentadbir timur dan barat.
Bila terbaca ayat 19-20 dalam Ar-Rahman, teringat dalam FB ada seorang friend hantar satu movie pendek berkenaan air tawar & air sungai yang tidak bercampur walaupun ia bertemu. Perkara ini memang terbukti dalam 2 ayat ini yang bermaksud :

"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu" ~ Ar-Rahman : Ayat 19

"Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya" ~ Ar-Rahman : Ayat 20

Subhanallah dalam Al-Quran sendiri tertulis..!!!..Kagumnya..!!

 Pertemuan air masin & air tawar, namun ia tidak bercampur seolah2 ada yang membatasinya

 Sungai Tawar dalam air laut, ditemui oleh Mr.Jacques Yves Costeau, seorang Ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. 

Tidakah kita berfikir Qur'anul Karim yg telah tertulis 1400 tahun lalu, saat belum ada peralatan oceanography secanggih abad 20. Allahuakbar!!!

Pada ayat 22 pula bermaksud :
"Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan" ~ Ar-Rahman : Ayat 22

Di dalam Al-Quran sendiri tertulis berkenaan Mutiara & Marjan. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini ditemukan di dasar laut yang luas terbentang sebagai bukti kekuasaanNya.. Subhanallah.

  Mutiara dalam lautan

 Marjan
Apa itu Marjan?, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu, tapi berdasarkan pencarian, diketahui bahawa Marjan adalah sejenis batu berwarna merah, ada merah terang dan ada merah tua. Ada kalanya juga berwarna putih dan ada juga yang hitam berkilat.  Jika dilihat dengan teliti kelihatan jalur-jalur seperti urat-urat kayu yang di potong. Sekarang ianya amat jarang ditemui kerana adanya kawalan alam sekitar yang ketat. Berbeza dari batu permata yang lain, marjan atau coral ini ialah berasal dari bahan organik seperti mutiara. Batu ini mengandungi kalsium yang tinggi. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini adalah antara perhiasan-perhiasan syurga. Subhanallah.. (dipetik dari : http://amar-azophil.blogspot.com/2010/04/mutiara-dan-marjan.html)

Kemudian, pada ayat yang seterusnya menyatakan Allah menguasai kapal2 yang berlayar di laut. Namun segalanya yang ada di bumi itu akan binasa...yang kekal adalah Dzat Allah yang mempunyai kebesaran & kemuliaan...

bersambung.....




7 comments:

Terrorblade zimon said...

Thanks For Sharing :D

Unknown said...

Teruskan kerja yg baik ni

Unknown said...

Terima kasih
😊

Unknown said...

Syukran jaziilan..

Unknown said...

Syukran jaziilan..

Cikgu Asliya said...

Sama²

Cikgu Asliya said...

In shaa Allah.
Doakan saya.
Akan teruskan setelah sekian lama menyepi..