Aku ada terbaca dalam FB, salah satu friend aku mengutuk kes pembunuhan gadis malang bernama AYU.., dan menyatakan perasaan geram & marah dengan si pelaku, & dia berpendapat si pelaku tidak perlu dibicarakan, harus terus dibunuh seperti mana yang dilakukan pada AYU.
Dalam diam aku kurang bersetuju dengan pendapatnya, kerana bagi aku semua yang dilakukan perlu adil & saksama..walaupun dalam hati, rasa geram & benci dengan si pelaku sgt membara..bunuh, potong & bakar..kejamnya... !!!
Namun, jangan sekali-kali kita mengungkit apa bangsa & agama si pelaku..Agama & bangsa tidak salah, yang bersalah adalah si pelaku tersebut.. pendapat saya semua agama tidak kira agama wahyu atau budaya menuntut si penganut melakukan kebaikan.
Mungkin sudah kebiasaan kita mengungkit bangsa & agama si pelaku kekejaman, contohnya bangsa Melayu bencikan bangsa india terutama bila kes2 yg melibatkan kekejaman terhadap bangsa sendiri (contoh kes datuk Sosilawati), begitu juga yang Cina tidak mempercayai Melayu kerana kes2 yang juga melibatkan kekejaman pada bangsanya (contoh kes mendiang Kenny Ong), begitu juga bangsa India & bangsa2 bumiputra yang lain.
Ye, diakui, kita hidup perlu berhati2 terutama semasa bergaul tak kira dengan siapa dan bangsa apa..ada juga bangsa Melayu melakukan kekejaman kepada bangsa sendiri, begitu juga bangsa cina, India & lain2 bangsa..tetapi ia tidak dipandang & tidak menimbulkan isu yang besar kerana melibatkan bangsa masing2..berapa ribu kes bangsa Melayu merogol bangsa sendiri, bangsa Cina membunuh bangsa sendiri (kes kongsi gelap), bangsa India bergaduh sesama sendiri sehingga berbunuhan...Namun kesannya tidak seteruk kes yang melibatkan berlainan bangsa..
Apa ada pada bangsa??, perlukah kita bersikap tidak adil hanya kerana yang salah itu bukan dari bangsa kita??..keadilan itu sangat penting untuk pesalah & untuk mangsa serta keluarga2 yang terlibat.
Fahamlah bahawa, Islam itu agama, Melayu itu bangsa..Islam & Melayu itu tidak sama..tidak semua Melayu itu Islam & tidak semua yang beragama Islam itu berbangsa Melayu..jangan kita berbangga hanya kita ini bangsa Melayu yang Islam, tetapi apa maksud Tauhid pun kita tidak tahu, maksud ayat Kursi pun kita tidak tahu, walhal setiap kali sebelum tidur ayat kursi lah peneman, tetapi apa gunanya kalau ia hanya sekadar menghafal..
Begitu juga dengan bangsa & agama2 lain, contohnya tidak semua bangsa India beragama Hindu ada juga bangsa India yang beragama Islam, kristian dan sebagainya. Begitu juga bangsa Cina, tidak semua Cina adalah penganut Buddha.
Ketahuilah bahawa bangsa tidak menunjukkan agama & agama juga tidak menunjukkan bangsa. Tidak semua penganut agama tersebut mematuhi agamanya..Ada yang patuh & ada juga yang tidak..
Pendapat saya semua agama menuntut penganutnya hormat menghormati, bersikap adil, jauhi pergaduhan dan dekatkan diri dengan keamanan.
Begitu juga dengan agama Islam, keadilan dalam Islam sudah termaktub dalam Al-Quran...Firman Allah yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
- SURAH ALMAA’IDAH AYAT 8
Allah sangat-sangat mementingkan keadilan yang tidak terbatas pada penganut Islam & bangsa tertentu sahaja tetapi ia meliputi semua kaum & bangsa...mengapa kita perlu mengambil jalan sendiri untuk tidak adil??..sedangkan inilah ajaran Islam yang sebenar iaitu KEADILAN...
Segala apa tindakan kita sebagai seorang Islam, jangan terlalu emosi, perlu lebih rasional & bertindak mengikut panduan Al-Quran & Hadis...kerana sudah kebiasaan manusia memandang perlakuan seseorang sebagai wajah pada agama & bangsanya...berhati-hati dengan setiap perkataan & tingkah laku kita..
Wallahualam..