Wednesday, 3 July 2013

"Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita"

Sedang berjalan nak ke kelas petang tadi, terserempak dengan seseorang yg aku rasa sgt familiar. Ye, aku kenal dia & aku ingat namanya. Dia schoolmate aku. My senior 1 tahun. Ye & tak salah lagi, tapi aku x sempat pun nak tegur sebab terkocoh2 ke kelas (student dah call sebab lewat 10 minit..hihi). Mungkin dia ambil davance diploma & dia seorg nurse. Ya itu tanggapan aku. Aku kenal dia kerana dia glemer, seorang pengawas & sangat dikenali semasa di zaman sekolah.

Memang ramai aku jumpa kawan2 sekolah yang dulunya selalu disanjung guru2. Aku pula hanyalah pelajar biasa, tiada istimewa pun. haha..cikgu pun tak kenal. Dulu, aku merasa sangat2 rendah diri. Siapalah aku ye?..huhu sedih banget. tapi sekarang Alhamdulillah..Masing-masing dengan rezeki masing2. Walaupun aku tidak seglemer mereka, tiada disanjung atau diingati di sekolah. Syukur kepada Allah S.W.T nasibku amat baik..sangat baik..

Semoga Allah memberi yang baik2 untuk aku, suamiku, anak2ku, ibu bapaku & seluruh keluargaku.

Teringat kata-kata ini "Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita, Insya Allah kita akan bahagia & diberkati."


Puteri yang dinanti

Bismillah.
Dah lama sungguh x update blog nih. Sangat lama. Sampaikan my gegel dah nk masuk setahun 7 bulan. 
Alhamdulillah nikmatnya dapat anak perempuan. Memang itulah yang kami sekeluarga impikan. Now dah ada Papa, Mama, Abang & Adik. Syukur sangat.

Kehadiran adik memang kami nantikan. Best betul bila dapat tahu baby tu adalah seorang perempuan. Sooooooo excited!!.. Alhamdulillah kelahiran my gegel dipermudahkan Allah S.W.T. pukul 7 pg masuk labour room, 8.10 pg dah bersalin, berat baby 2.92kg. Bersyukur sangat2. Sampaikan Doktor2 kat labour room tu terkejut & sangka akan secepat itu. Mujurlah ada seorang Doktor senior yg round & perasan yang baby dah nak keluar. Yelah siapa sangka. Kelahiran abang pn sakit melebihi 6 jam, empunya badan sendiri tu pun x menyangka begitu mudah bersalin kali ini. 

Puteri comel kami, Nur 'Izz Kaisah (Nur-cahaya, 'Izz-Kekuatan, Kaisah-yang cantik lagi bijaksana) nama yg penuh pengertian. Semoga Kaisah menjadi cahaya kepada kami sekeluarga, mempunyai kekuatan iman untuk menghadapi dugaan & rintangan, menjadi seorang wanita yg cantik lagi bijaksana, amin, Insya Allah.