Wednesday, 3 July 2013

"Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita"

Sedang berjalan nak ke kelas petang tadi, terserempak dengan seseorang yg aku rasa sgt familiar. Ye, aku kenal dia & aku ingat namanya. Dia schoolmate aku. My senior 1 tahun. Ye & tak salah lagi, tapi aku x sempat pun nak tegur sebab terkocoh2 ke kelas (student dah call sebab lewat 10 minit..hihi). Mungkin dia ambil davance diploma & dia seorg nurse. Ya itu tanggapan aku. Aku kenal dia kerana dia glemer, seorang pengawas & sangat dikenali semasa di zaman sekolah.

Memang ramai aku jumpa kawan2 sekolah yang dulunya selalu disanjung guru2. Aku pula hanyalah pelajar biasa, tiada istimewa pun. haha..cikgu pun tak kenal. Dulu, aku merasa sangat2 rendah diri. Siapalah aku ye?..huhu sedih banget. tapi sekarang Alhamdulillah..Masing-masing dengan rezeki masing2. Walaupun aku tidak seglemer mereka, tiada disanjung atau diingati di sekolah. Syukur kepada Allah S.W.T nasibku amat baik..sangat baik..

Semoga Allah memberi yang baik2 untuk aku, suamiku, anak2ku, ibu bapaku & seluruh keluargaku.

Teringat kata-kata ini "Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita, Insya Allah kita akan bahagia & diberkati."


No comments: