Friday 30 September 2011

Birthdayku hari ini.............

Alhamdullilah, Allah masih lagi memberi masa dan waktu untuk aku menikmati kurniaan-NYA.. Walaupun aku kadang2 lalai dengan nikmat yang diberi, tapi DIA masih lagi memberi peluang untukku...

Bersyukur sungguh aku dilahirkan dari keluarga yang sangat bahagia..aku dikurniakan pula suami yang sangat memahami, berkongsi susah senang..diberikan anugerah si kecik Muhammad Ihtifazhuddin penyeri rumah tangga dan anakku yang bakal lahir hujung November nanti...

Mentua, ipar duai, saudara mara dan sahabat handai yang menghargai...Alhamdulillah, semuanya amat menyenangkan & membahagiakan...disamping rezeki kurniaan Allah yang tidah ternilai harganya...

Ya Allah, walaupun aku akui ini semua hanya pinjaman..dan aku harus bersedia dengan apa yang bakal mendatang...namun, aku akan sentiasa panjatkan kesyukuran pada-MU Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga...

Selamat Hari Lahir untuk diriku semoga keberkatan akan sentiasa mengiringi setiap langkahku...Insya Allah...

Wednesday 28 September 2011

Pregnant tu kan dikira dalam 40 minggu...

Haha...ramai yang keliru berkenaan cara kiraan orang mengandung..kalau ikut orang tua2, perempuan mengandung tu dalam 9 bulan 10 hari sama dengan 37 minggu 3 hari..
Tapi kalau ikut perkiraan perubatan moden..(klinik2 yang biasa kita pergila) mengandung tu jangkamasa adalah 40 minggu bersamaan 10 bulan, tetapi ia dikira dari hari pertama haid yang terakhir...


Hmmm....ramai yang keliru kalau tak kira betul2..cam aku sekarang dah 32 minggu bersamaan dengan 8 bulan (ikut perkiraan klinik la)..Jadi aku punya due date adalah hujung November...
Biila org tanya "dah berapa bulan??.."
Aku pun jawab "dah 8 bulan.."..
So, org tu akan jawab semula, "bulan depan bersalin la.."
Aku plak jawab "bukan bulan depan tapi 2 bulan lagik."..
Pastu orang tu akan tanya lagi "kalau 8 bulan, bulan depan lah bersalin kan??"
Aku jawab lagi "taklah kalu ikut due 2 bulan lagi"
Hmm..org tu akan buat muka cam kononnya aku yg silap...huhu, tapi aku wat tak reti je la..hehe


Takkan aku yg silap kot, aku yang mengandung..huhu 
Ye la kalau nak cukupkan 40 minggu (ikut kiraan klinik), bermakna 40 minggu - 32 minggu = 8 minggu..ini maksudnya 2 bulan lagikla kalau ikut due date...habis tu camne aku nak wat org tak keliru???..hmm..lain kali aku nak jawab dah "32 minggu, 2 bulan lagi Insya Allah bersalin la..."...hehe

Ihtifaz yang suka berus gigi.........

Anak aku Si Ihtifaz ni dulu memang suka berus gigi, dan aku pun selalu ingatkan dia berus gigi setiap kali mandi, sebelum tidor & selepas makan coklat...haha..setiap kali berus gigi mesti tunjuk gigi kat mama dulu & mintak dipuji..so, mama pun pujila.. "putihnya gigi Ihtifaz, pandai Ihtifaz berus gigi", selagi tak puji, selagi tu la dia akan tunjuk gigi dia sambil berkata " mama tengoklah gigi Ihtifaz ni.."...

Nak jadikan cerita suatu hari dia mintak tuk bawak berus gigi & ubat gigi ke taskanya..selama ni aku memang tak bagi dia bawak sebab takut tertukar dengan budak2 lain plak. Jadi, oleh kerana kesian so, aku benarkanlah dia bawak. Kemain seronok lagi dia..esoknya bila aku ambil dia dari taska, aku terpaksa tunggu lama...tertanya2 jugak pasal apa plak budak ni tak keluar2 dari taska ni, rupanya cikgu dia kata " Ihtifaz kat bilik air tengah berus gigi, setakat ni dah 4 kali dia berus gigi"..hahaha..terlebih rajin plak budak ni memberus gigi...

Alhamdulillah, setakat ni gigi Ihtifaz takde masalah..cuma mama tak sempat lagi nak bawak dia pegi jumpa Dentist..orang kata kalau gigi kekal mula nak tumbuh tapi gigi susu masih elok, gigi kekal tak boleh tumbuh dengan baik..tak tau le betul ke tidak..tu yang nak jumpa Dentist tuk check & mintak nasihat...  ;)

Tuesday 27 September 2011

Air terjun & sungai tidak selamat lagi...??

Kalau cerita pasal sungai & air terjun memang seronok..tempat berkelah & mandi manda masa kecik2 dulu..Tapi sekarang tempat itu seolah2 tidak selamat lagi. ada beberapa kes kencing tikus yang membawa kepada kematian mengejut. Saya terpanggil untuk mengetahui apa itu penyakit 'Kencing Tikus' apabila baru2 ini isteri pada officemate Incik Zamri meninggal dunia akibat jangkitan bakteria tersebut. Dua minggu sebelum isteri beliau demam, mereka sekeluarga pergi berkelah di air terjun.

Apa Itu Penyakit Kencing Tikus??
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit  yang berpunca daripada bakteria spirochaete yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini  adalah penyakit jangkitan akut (jangkitan akut bermaksud jangkitan tiba2) dengan bengkak pada limpa (“splenomegaly”), penyakit kuning (jangkitan pada hati) dan nephritis (jangkitan pada buah pinggang). 

Haiwan penyebab Penyakit Kencing Tikus
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos /perumah utama (punca utama), sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos/perumah kedua. 

Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdehana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika. Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Bagaimana manusia dijangkiti??
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit, menelan air tercemar kencing haiwan yang dijangkiti, menyimbah air tercemar ini pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan amat berisiko sekiranya kita lama berendam dalam air di kawasan perkelahan kerana ia menggalakkan kemasukan bakteria.
 
Penyakit ini tidak diketahui boleh berjangkit atau tidak dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria dari manusia ke manusia yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Ini bermaksud tiada kes penyembuhan sekiranya manusia dijangkiti setakat ini, berita ini amat menakutkan kita.

Apakah Tanda2 manusia dijangkiti??
Jangkitan Kencing Tikus pada manusia menyebabkan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Terdapat 2 fasa Jangkitan Kencing Tikus ia bermula dengan dengan fasa pertama iaitu seperti selsema, demam, sejuk, sakit2 otot, sakit kepala yang kuat. Fasa ini hadir selepas hari ke 4 hingga 14 hari tempoh manusia menyentuh & dijangkiti air tercemar kencing tikus.

Selepas fasa pertama sembuh, dan pesakit seoalah2 berasa sihat sehingga fasa kedua bermula. Fasa kedua adalah fasa keterukan iaitu pesakit akan mengalami meningitis, (jangkitan pada mambran otak), kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Oleh sebab itu, penyakit ini sering kali tersilap diagnosis kerana tanda dan simptom pada pesakit yang sangat luas dan hampir menyamai penyakit2 berjangkit yang lain, terutama pada fasa yang pertama.

Berhati-hatilah
Oleh itu lebih baik kita mencegah jangkitan ini berlaku, elakkan dari ke tempat2 sangat berisiko seperti air terjun, kawasan kotor, kawasan pemeliharaan binatang dan penyelembelihan. Dan amalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan kerap sesudah menyentuh kawasan berisiko. Guna atau balutkan dengan plaster pada kawasan2 luka yang terbuka pada permukaan kulit. Jagalah kebersihan di kawasan perkelahan, elakkan membuang sampah & sisa makanan di merata tempat kerana ia menggalakkan tikus, anjing & haiwan lain yang berisiko untuk penyebaran penyakit kencing tikus ini berkeliaran.





Adakah kita bersedia untuk ditinggalkan??

Apa pun dalam kehidupan kita hendaklah sentiasa bersedia, malang tidak berbau, macam2 boleh terjadi dengan kehendak-NYA. Baru2 ni isteri pada officemate Incik Zamri telah pun meninggal dunia akibat jangkitan 'Kencing Tikus'. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak berumur 3 bulan dan 3 tahun. Perginya sangat mengejut itu membuatkan saya & Incik Zamri terfikir, adakah kami bersedia sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami..??

Dengan anak2 yang masih kecil sudah tentu rapat dengan ibunya tambahan pula allahyarham adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Bagaimana si suami menghadapi situasi tersebut??, walhal 3 bulan yang lepas mereka baru sahaja dikurniakan bayi perempuan dan Incik Zamri masih menyimpan sms pemberitahuan berita gembira itu..Hampir menitis air mata apabila kami bercerita perihal mereka. Incik Zamri sendiri tidak dapat gambarkan bagaimana sekiranya ia berlaku pada dirinya. tidak terkata, tak tahu nak buat apa2, tak tahu nak buat sebarang keputusan, kelu, kaku, hanya berserah pada Allah...

Adakah kita bersedia???..Sekiranya saya sendiri yang mengalaminya, saya sendiri belum mampu mengatakan "ye, saya bersedia". Apatah lagi untuk "meninggalkan", saya masih belum cukup bersedia..sangat belum cukup..