Monday, 6 June 2011

Kurma, Madu & Susu Kambing

KURMA
"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."
(Surah Maryam, ayat 25)

Ayat ni diturunkan semasa Maryam sedang sakit hendak melahirkan anak. Memang jelas ayat dalam Quran menggalakkan ibu mengandung makan kurma sebagai satu sumber tenaga, bahkan banyak lagi khasiat kurma terutama untuk ibu mengandung & bayinya. Kadar besi dan Kalsium yang dikandung buah kurma matang sangat mencukupi dan penting sekali dalam proses pembentukan air susu ibu. Kadar zat besi dan Kalsium yang ada pada kurma dapat menggantikan tenaga ibu saat melahirkan atau menyusui. Zat besi dan Kalsium merupakan dua unsur efektif dan penting bagi pertumbuhan bayi. Alasannya, dua unsur ini merupakan unsur yang paling berpengaruh dalam pembentukan darah dan tulang sumsum.

MADU
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An-Nahl, ayat 69)
Bersambung....

Panasnya Cuaca

Sejak akhir2 ni cuaca panas terik, malam pun aku dok pasang air-cond jek memanjang..adoila, dah le takrif elektrik dh naik, camne nak berjimat nih??..hahaha

Incik suami pun dh mula rasa perit tekak, x sihat & nak demam..adoyai cuaca sekarang memang x menentu, anak aku lak dh la x tahan panas..kalu panas jek naik ruam satu badan pastu kena alergik plak...huhu, sian sgt..

Bila fikir2 kesian kat budak2 bila cuaca pun x menentu, udara pun x bersih..ini ditambah pula ngan manusia yg tak fikirkan orang lain, merokok merata2, tak kira kawasan tu ada budak kecik ke, orang tua ke, pompuan mengandung ke.., takde rasa hormat dengan orang persekitaran dan alam semesta..ini belum lagi campur dengan asap kilang, kereta, lori & sebagainya...

Bila kita amati siri2 cuaca x menentu kejap terik, kejap hujan lebat, banjir kilat adalah disebabkan manusia juga..manusia yang tak pandai jaga bumi yang didiami. Antara contoh yg mudah adalah buang sampah merata2, buang putung rokok, bekas minuman/makanan, buang kertas tisu keluar dari kereta, yg perempuan muka cantik make up tebal, yang lelaki pakai tie, kemas, berkereta mewah tapi otak dan akal anugerah Allah tidak diguna dengan sebaik2nya..x tahu kah mereka ni membuat kotor adalah satu dosa??..Setiap apa yang kita buat, satu persatu akan dihitung oleh Allah kelak walaupun kesalahan hanya sebesar biji sawi...Islam itu BERSIH & SUCI, tapi bila non-muslim melihat orang Islam sendirik buang sampah merata2, adakah itu menunjukkan yang Islam itu bersih??...

Bila dah sampah pun banyak, longkang & parit pun tersumbat, bila banjir kilat terjadi ramai yang menyalahkan dewan bandaran la pihak sana pihak sini. Pernah satu ketika masuk berita yang longkang tersumbat, kawasan kediaman dipenuhi sampah, lalat di sana sini, tetapi siapa yg dipersalahkan??, seperti biasalah dewan bandaran tak buat penyelenggaraan,  x pernah datang untuk kutip sampah yang ada..tetapi bila difikirkan akar umbi adanya sampah adalah dari mana??? bukankah dari mereka2 si pembuang sampah yang membuang sampah pada tempat yang tak sepatutnya???..bila tengok kawasan tersebut kita pun boleh tahu tabiat penduduknya yang tidak boleh menguruskan sampah dengan betul. Bekas aiskrim depan pintu rumah, botol minuman dicampak sana sini...itu belum dilihat bekas2 makanan basi yang bertaburan dan dihurungi lalat (aku & Incik suami berpandangan bila berita tersebut menunjukkan kawasan kediaman yang dimaksudkan)...

Kadang2 kita tengok orang yang menuding kesalahan org lain nampak bijak tetapi dia tidak lah sebijak mana sekiranya tidak memikirkan apakah sebenarnya asas dan akar umbi masalah tersebut..
wallahualam

Alergik ooo alekgik...

Alergik ni ada banyak kategori alergik makan (termasuk ubatan), alergik bulu kucing, alergik sejuk, alergik debunga, alergik habuk..tapi Ihtifaz ni memang teruk kena alergik..hari ni dah masuk 6 hari tapi skit je kurangnya..memang memula tu aku sangka anak aku ni alergik habuk & debu almaklumla nurseri dia baru pindah, aku ada masuk kat nurseri tu tuk tengok2..Ya Allah lantainya penuh habuk..walhal dh ada budak2 kat situ (termasuk anak aku)..

Adohai..bila jumpa Doktor (hari ke-4) memang sah la anak aku kena alergik dan mungkin disebabkan debu n habuk, ingatkan x teruk rupanya makin teruk, hari ke-4 tu dh sampai ke muka, mata, hujung kaki & tangan..Alhamdulillah Doktor kata tak lah seteruk mana..kalu teruk mata n bibir akan bengkak, saluran pernafasan akan sempit, kulit jadik biru dan boleh membawa MAUT...ha? camtu rupanya kalu alergik teruk..jadik, x leh nak main2 ngan alergik nih..dan Doktor tu pesan kalu mata & bibir bengkak terus jek pg hospital x payah tunggu2 lagik...tp Doktor tu x bagi sebarang suntikan pn, ingatkan dptlah suntikan anti-histamin ke biar cepat surutnya, Doktor hanya bagik ubat makan, ubat tuk mandi & krim sapu jek..xpelah asalkan Ihtifaz cepat sembuh...

Dan disebabkan itu aku & Incik suami berbincang nak mintak mak tolong jagakan Ihtifaz kat kampung buat sementara waktu. Kebetulan time ni cuti sekolah, leh lah dia main ngan pak usunya kt kampung tu...dan nak bagitahu pihak nurseri supaya cuci skit nurseri tu, walaupun aku faham nurseri tu baru berpindah tapi kesan habuk2 n debu kat budak2 sangat bahaya...

Kadang2 kita sebagai ibu bapa terlepas pandang dek kesibukan kita ni..banyak perkara yang perlu kita ambik perhatian terutama hal anak2..pihak pusat jagaan pun perlu lebih prihatin. Tahap imuniti kanak2 tak sama...kebersihan & pemakanan sangat penting untuk diambil perhatian pada kanak2 yang sedang membesar & lasak macam anak aku..huhu..

Sekarang ni Ihtifaz kt kampung, rasa rindu sangat kat dia, selalu dia la pengacau kt umah tu, bila takde rasa sunyi je, tak sabar nak jumpa dia khamis ni...Ihtifaz, mama & papa miss u so much!!!!