Kalau cerita pasal sungai & air terjun memang seronok..tempat berkelah & mandi manda masa kecik2 dulu..Tapi sekarang tempat itu seolah2 tidak selamat lagi. ada beberapa kes kencing tikus yang membawa kepada kematian mengejut. Saya terpanggil untuk mengetahui apa itu penyakit 'Kencing Tikus' apabila baru2 ini isteri pada officemate Incik Zamri meninggal dunia akibat jangkitan bakteria tersebut. Dua minggu sebelum isteri beliau demam, mereka sekeluarga pergi berkelah di air terjun.
Apa Itu Penyakit Kencing Tikus??
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria spirochaete yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini adalah penyakit jangkitan akut (jangkitan akut bermaksud jangkitan tiba2) dengan bengkak pada limpa (“splenomegaly”), penyakit kuning (jangkitan pada hati) dan nephritis (jangkitan pada buah pinggang).
Haiwan penyebab Penyakit Kencing Tikus
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos /perumah utama (punca utama), sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos/perumah kedua.
Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdehana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika. Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
Bagaimana manusia dijangkiti??
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit, menelan air tercemar kencing haiwan yang dijangkiti, menyimbah air tercemar ini pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan amat berisiko sekiranya kita lama berendam dalam air di kawasan perkelahan kerana ia menggalakkan kemasukan bakteria.
Penyakit ini tidak diketahui boleh berjangkit atau tidak dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria dari manusia ke manusia yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Ini bermaksud tiada kes penyembuhan sekiranya manusia dijangkiti setakat ini, berita ini amat menakutkan kita.
Apakah Tanda2 manusia dijangkiti??
Berhati-hatilah
Jangkitan Kencing Tikus pada manusia menyebabkan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Terdapat 2 fasa Jangkitan Kencing Tikus ia bermula dengan dengan fasa pertama iaitu seperti selsema, demam, sejuk, sakit2 otot, sakit kepala yang kuat. Fasa ini hadir selepas hari ke 4 hingga 14 hari tempoh manusia menyentuh & dijangkiti air tercemar kencing tikus.
Selepas fasa pertama sembuh, dan pesakit seoalah2 berasa sihat sehingga fasa kedua bermula. Fasa kedua adalah fasa keterukan iaitu pesakit akan mengalami meningitis, (jangkitan pada mambran otak), kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Oleh sebab itu, penyakit ini sering kali tersilap diagnosis kerana tanda dan simptom pada pesakit yang sangat luas dan hampir menyamai penyakit2 berjangkit yang lain, terutama pada fasa yang pertama.
Oleh itu lebih baik kita mencegah jangkitan ini berlaku, elakkan dari ke tempat2 sangat berisiko seperti air terjun, kawasan kotor, kawasan pemeliharaan binatang dan penyelembelihan. Dan amalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan kerap sesudah menyentuh kawasan berisiko. Guna atau balutkan dengan plaster pada kawasan2 luka yang terbuka pada permukaan kulit. Jagalah kebersihan di kawasan perkelahan, elakkan membuang sampah & sisa makanan di merata tempat kerana ia menggalakkan tikus, anjing & haiwan lain yang berisiko untuk penyebaran penyakit kencing tikus ini berkeliaran.