Monday, 6 June 2011

Alergik ooo alekgik...

Alergik ni ada banyak kategori alergik makan (termasuk ubatan), alergik bulu kucing, alergik sejuk, alergik debunga, alergik habuk..tapi Ihtifaz ni memang teruk kena alergik..hari ni dah masuk 6 hari tapi skit je kurangnya..memang memula tu aku sangka anak aku ni alergik habuk & debu almaklumla nurseri dia baru pindah, aku ada masuk kat nurseri tu tuk tengok2..Ya Allah lantainya penuh habuk..walhal dh ada budak2 kat situ (termasuk anak aku)..

Adohai..bila jumpa Doktor (hari ke-4) memang sah la anak aku kena alergik dan mungkin disebabkan debu n habuk, ingatkan x teruk rupanya makin teruk, hari ke-4 tu dh sampai ke muka, mata, hujung kaki & tangan..Alhamdulillah Doktor kata tak lah seteruk mana..kalu teruk mata n bibir akan bengkak, saluran pernafasan akan sempit, kulit jadik biru dan boleh membawa MAUT...ha? camtu rupanya kalu alergik teruk..jadik, x leh nak main2 ngan alergik nih..dan Doktor tu pesan kalu mata & bibir bengkak terus jek pg hospital x payah tunggu2 lagik...tp Doktor tu x bagi sebarang suntikan pn, ingatkan dptlah suntikan anti-histamin ke biar cepat surutnya, Doktor hanya bagik ubat makan, ubat tuk mandi & krim sapu jek..xpelah asalkan Ihtifaz cepat sembuh...

Dan disebabkan itu aku & Incik suami berbincang nak mintak mak tolong jagakan Ihtifaz kat kampung buat sementara waktu. Kebetulan time ni cuti sekolah, leh lah dia main ngan pak usunya kt kampung tu...dan nak bagitahu pihak nurseri supaya cuci skit nurseri tu, walaupun aku faham nurseri tu baru berpindah tapi kesan habuk2 n debu kat budak2 sangat bahaya...

Kadang2 kita sebagai ibu bapa terlepas pandang dek kesibukan kita ni..banyak perkara yang perlu kita ambik perhatian terutama hal anak2..pihak pusat jagaan pun perlu lebih prihatin. Tahap imuniti kanak2 tak sama...kebersihan & pemakanan sangat penting untuk diambil perhatian pada kanak2 yang sedang membesar & lasak macam anak aku..huhu..

Sekarang ni Ihtifaz kt kampung, rasa rindu sangat kat dia, selalu dia la pengacau kt umah tu, bila takde rasa sunyi je, tak sabar nak jumpa dia khamis ni...Ihtifaz, mama & papa miss u so much!!!!

No comments: