Friday, 4 November 2011

Aku yang simple..

Tetiba je teringin nak post something kat blog, dah dekat seminggu x jenguk blog..sibuk skit al maklumla minggu demam exam students kolej aku nih...

Skang nih memang sepatutnya aku check reseach student-student aku..hehe, tapi xpela, luangkan sikit masa tuk blog kesayangan nih... :)

Saja je sebenarnya, cuma nak citer serba sedikit kehidupan harian  penulis blog ni..hehe, cewahhhhhhhh....
Aku ni, sebenarnya sangat simple, tak suka fikir benda yang remeh-temeh, sume nak senang..haha, kalu ada problem yang susah pun aku akan jadikannya senang nak settle..hehe..(sebab malas nak fikir banyak2 kot..)..
Tapi bab keje ofis, aku akan pastikan sume complete dengan sempurna, takkan ada tetinggal sedikit pun (Insya Allah)..keje bergaji tau, kalau keje tak sempurna, berkatkah gaji kita???...

Aku di rumah...
Macam orang lain jugak, balik keje ambil Ihtifaz kesayangan kat Taska dia..sampai jek kat umah (biasanya dalam kul 5.50pm tu baru sampai umah) terus suh dia mandi..dia dah besar, leh mandi sendirik cuma kena perhatikan dari luar jek & ingatkan nak basuh apa2 yang patut & ingatkan dia berus gigi.., tapi sebelum tu aku dah tanak nasi untuk dinner..
Lepas Ihtifaz settled, Ihtifaz akan main toys dia sementara mama kat bilik air plak...hehe

Selepas solat asar, aku akan mula masak tuk dinner, selalunya 1 jenis lauk jek la + sayur (kalu ada stok sayur) hehe, malas la nak msk bnyk2..hehe..

Sementara tunggu Incik Suami kesayangan balik keje, tengok TV la, yang Ihtifaz akan tengok katun kat desktop dia..Sebaik saja Incik Suami balik, lebih kurang dalam kul 7 malam, kami akan dinner sama2 sambil tengok slot Akasia...hahaha..Ini sume rutin, setiap hari..tanpa jemu & happy sangat ngan rutin ni, lebih2 lagi gelagat Ihtifaz yang macam2 tu...

Lepas dinner, kemas2 sume (Incik suami biasanya akan membantu cucikan pinggan) & saya plak pastu akan kutip baju kotor tuk cuci..alaa, cuci kat 'Washing Machine' jek kan..apa susah..hehe..

Kemudian solat maghrib sama2, kadang2 Ihtifaz ikut, kadang2 taknak plak dia sebab taknak tinggalkan katun dia tuh..hmm, takpela..nak wat camne budak ni baru 4 tahun la...Insya Allah dah besar nanti solat lah dia, yang penting kita dah tunjuk dia waktu yang betul untuk bersolat..

Malam...
Waktu malam macam biasa, lepas soalat Isyak, tengok TV la, kalau Ihtifaz ada mood, aku & incik suami akan luangkan masa tuk ajar dia ABC atau kira2..Ihtifaz ni, 15 minit dah boring..haha..ikut je la, budak2 takleh paksa, sebab dunia dia masa ni memang dunia 'kegembiraan' saja...orang kata 'playing & learning'...(biasanya aku takkan bawak keje ofis di rumah sebab masa dengan anak2 akan terhad, keje ofis akan disiapkan di ofis kecuali keje2 yang aku rasakan tersangat penting & perlu disettlekan dengan segera..). 

Dalam kul 10 tu, Incik suami akan tolong sidaikan baju, manakala aku akan gosok baju, sediakan perkakas Ihtifaz & bekalan makanan aku & incik suami sebagai persediaan hari esok.. Ihtifaz akan tido dalam kul 11 malam, maka itu, pukul 11 malam TV & lampu sume kena la tutup..Budak ni memang tido lewat kalu hari keje, sebab kat Taska dia dah tido, kalu hari cuti, dia akan tido awal dalam kul 9-10 mlm...

Pagi..
Incik Suami akan bangun dulu, mandi & baru kejutkan isteri dia tuk mandi & solat subuh..hehe..kalu pagi memang rutin incik suami tuk settledkan si kecik nih..dari mandi sampai la hantar ke Taska...aku cuma sediakan beg Ihtifaz jek..

Tapi tak jadik masalah sebab aku pun bersiap tak sampai 1/2 jam hehe, pakai bedak & lipice jek, sebab tak pandai nak make up..macam tu jugak Incik suami, siapkan diri ngan anak pun cuma 1/2 jam jek..sebab sumenya dah diselesaikan pada sebelah malamnya...

Breakfast??...hehe, biasanya kami breakfast kat opis jek sebb dah prepare bekalan tuk breakfast kat opis, kecuali kalu aku ada kelas kul 8 pagi, aku akan breakfast dulu kat umah sebelum ke opis...  Ihtifaz plak, papa dah siapkan susu dalam botol tuk dia minum kat Taska..nanti cikgu Taska akan sedia breakfast tuk dia...

Dalam kul 7.30pg aku akan bertolak dari rumah, manakala incik suami akan bertolak kul 7.40pg...

Hehe...begitulah rutin harian kami...tapi tak pernah terfikir pun untuk jemu..rasa happy jek hari2..
Semoga Allah permudahkan urusan kami seharian... :)





Monday, 24 October 2011

Mohon maaf pada semua...

Kadang kala kita sendiri tak perasan, atau tak tahu atau kurang peka dengan orang sekeliling..ye, diakui itu adalah satu kelemahan...
Bukan semua manusia itu sama, masing2 ada sifat & sikap semulajadi dan itulah yang mewarnai kehidupan kita seharian..

Seperti juga lautan yang ada pasang surut..macam tu juga dengan 'mood' seharian kita..
Macam2 mood ada, mood marah, sedih, tension, menyampah, meluat dan kadang2 kala kita tidak dapat nak mengawalnya...

Itulah aku sebagai manusia biasa, kadang kala terlepas pandang dengan 'kesensitifan' orang lain..
Mohon maaf pada semua, sekiranya penulisanku & tutur kataku ada yang menyinggung kalian..memang tiada niat di hati, ia sekadar pendapat peribadi..
..dan ada kala aku perlu membuat suntingan atas nasihat encik suami kerana katanya...
"Penulisan itu adalah lebih tajam dari lidah manusia..."

Terima Kasih suamiku atas sokongan...

Monday, 17 October 2011

Alhamdullillah, Ihtifaz buat mama & papa tersenyum...!!

Teringat waktu 16hb Sept yang lepas, Little Caliph (sekolah Ihtifaz), adakan parent's meeting & jamuan raya..Sume parents yang anaknya dari 4 thn - 6 thn dipanggil untuk lihat pencapaian anak2 diorang..termasuklah aku & Incik Zamri...

Memang kami akui Ihtifaz agak kurang fokus kalu bab2 nak belajar nih..kalau nak ajar kat umah pun 15 minit jek yang dia fokus, selebihnya nak main la, nak mewarna lah, nak tgk tv dulu la., komputer la, dora la..memang susah nak tackle budak2 sebaya Ihtifaz ni..dalam fikiran dia asyik nak main je..biasalah budak2 kan semua nak seronok..
Ihtifaz belajar ABC...
Bila tiba giliran kami berbincang dengan cikgu nya, memang betul sangkaan kami, Ihtifaz memang kurang fokus..kami diberi kertas2 ujian Ihtifaz, tahap 1 (4 tahun)..hahaha memang kelakar..mula2 tulisan nampak cantik, lama2 bila sampai ke huruf2 yang terakhir kertas penuh dengan contengan warna warni..haha, tandanya dia dah hilang fokus...walaupun cikgunya serba salah nak cerita tentang Ihtifaz yang sebenar, kami sebagai ibu bapa dah sedia faham & masak benar dengan perangai anak kami yang sorang ni..tersenyum je la kami ni..nak gelak pun ada...Namun, ada pujian sedikit dari cikgunya, Ihtifaz cekap juga dalam menguasai Bahasa Inggeris, berbanding kawan2 nye yang lain...Syukurlah..

Tapi, bila kami fikir, Ihtifaz masih belum 4 tahun lagi (kalau ikut tarikh lahirnya), banyak masa lagi untuk dia belajar, walaupun Ihtifaz baru mengenal huruf 'A' hingga 'G' sahaja buat setakat ini..ltupun kami dah rasa cukup seronok..biasanya lepas huruf 'G' je, dia akan berkata..,
"alaa, mama Ihtifaz tak tau, Ihtifaz dah lupa la.."
..lepas tu dia akan memorize dengan cara menyanyi dari 'A' semula...
Bila berbincang dengan Incik Suami, kami berpendapat..,
"dulu kita umur macam Ihtifaz, 1 huruf pun tak kenal lagi..."..hehe..

Kalau bab nombor pulak, Ihtifaz memang lebih cekap dari mengenal huruf, dia dah kenal nombor dari 1-100..Alhamdullillah, mungkin nombor lebih mudah baginya untuk mengingat sebab ada 10 sahaja nombor asas berbanding16 huruf yang perlu dipelajari..

Minggu lepas, Ihtifaz memang buat mama  & papa terkejut & terharu..pada mulanya aku sengaja suruh dia membaca niat solat, Ihtifaz baca niat solat dengan lancar sekali (niat solat zohor berimam)..kemudian tanpa disangka dia sambung dengan Takbirratul Ihram, Doa Iftitah, Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, bacaan Ruku', Itidal, Bacaan Sujud, Bacaan di antara 2 sujud, Bacaan Tahiyyat hingga Salam...Alhamdullilah syukur sangat, Ihtifaz dah pandai bacaan dalam solat walaupun kurang lancar..Pandainya Ihtifaz..bangganya mama & papa...Terima Kasih cikgu2 Little Caliph, mengajar Ihtifaz tanpa jemu..

Semenjak itu, setiap kali solat, pasti kami akan mengajak Ihtifaz solat sekali..walaupun kadang kala dia agak liat skit nak meninggalkan 'mainannya' atau 'citer katun' nya..yang kelakarnya Ihtifaz akan baca kuat2 sampaikan papa yang jadi imam terpaksa menunggu bacaannya habis, bimbang terkeliru... :)

Oh Muhammad Ihtifazhuddin...
Mama & Papa Bangga dengan kamu..
Semoga menjadi anak yang soleh membimbing adik2 kelak...
Amin...

Sunday, 16 October 2011

Camne nak lukis lembu ni???

Minggu lepas aku baru jek berkursus tajuk "Pemikiran Kreatif & Penyelesaian Masalah"..kursus yang best & lain dari yang lain..dari mendengar ceramah sehingga lah tugas2 luar & kebajikan diberi oleh pensyarah kursus tersebut..memang pengalaman yang berbeza...

Terus terang aku kata, aku kurang berminat sikit dengan keje2 di luar pejabat..minat aku lebih pada keje dalam pejabat..aku rela menghadap komputer 24 jam berbanding berpanas di luar...memang tak proaktif kan??..tapi nak wat camne dah namanya minat....

Pada slot awal syarahan, speaker tu suh para peserta melukis lembu...haha, teringat zaman sekolah dulu akulah pelukis terburuk sekali..hehe..takut sangat nak lukis lembu sebab memang tak rupa lembu...lukis lembu katun leh la...jadi kalau cikgu suh lukis lembu aku akan sedaya upaya takkan lukis 'muka' lembu tu...(sebab kalu lukis pun, buruk gila..haha)..jadi macam2 cara la aku buat, sama ada suh kawan lukiskan ataupun aku akan lukis muka lembu tu disebalik pokok atau lukis badan lembu dari belakang (nampak bontot lembu & ekor)..haha..camtu jugak kalu aku lukis binatang2 lain yang aku tak pandai nak lukis...hehe..bagi aku dengan cara camni aku boleh sembunyikan kelemahan aku...
Ni la lukisan aku..haha..memang teruk.. 
Rupa2nya cara kita melukis lembu tu sendiri ada maksudnya...
1. Kalu lukis lembu tu muka menghadap si pelukis & kepala lembu di bahagian kiri pelukis ~ maksudnya orang itu adalah orang yang sangat tradisional, lurus bendul..mengikut sahaja tanpa membantah.
2. Kalu lukis lembu tu menghadap si pelukis tetapi kepala lembu di bahagian kanan si pelukis ~ Orang itu adalah lebih rasional berbanding maksud di 1, berfikir dahulu sebelum menerima arahan.
3. Kalu si pelukis melukis muka lembu betul2 menghadap si pelukis sendiri ~ maksudnya orang itu adalah orang yang sangat jujur, tak reti nak berbohong...
4. Kalu si pelukis lukis bahagian bontot lembu dengan ekor sahaja (muka tak nampak) maklumlah lembu dari belakang mana nampak muka kan?) ~ speaker kata org ni 'gila' & berani, buat sesuatu yang org anggap 'gila'...berani buat sesuatu yang luar biasa dari org orang lain buat...& kreatif..

Itulah ceritanya..di manakah kriteria kita?...
..tapi pendapat aku, walaupun aku jatuh pada kriteria yang ke-4, rasanya aku lukis camtu sebab aku nak sembunyikan kelemahan aku...haha, aku bukannya pandai lukis pun...siap kena kutuk ngan Incik suami lagi...dia kata mana ade orang lukis lembu nampak bontot dulu...
hehe...

Saturday, 15 October 2011

Ish..ish..lajunye kete dia...

Dah kali ke berapa aku perhatikan kete ni laju jek jalan depan umah aku..tak tau la plak umah dia nih kat mane...geram bercampur nak marah pun ada..


Kadang2 tidak terfikirkah mereka?..ni kan kawasan rumah mereka jugak, bawak kete cam kat F1 jek..bayangkan kalu tetiba ada budak melintas..main basikal atau tengah main bola ke..?..kalau terlanggar macam mana?..kebetulan anak jiran sebelah plak tu..sape yang kita nak salah kan??..anak2 kecil tu ke, atau pemandu kete yang dah dewasa tapi masih tak boleh fikir rasionalnya perbuatan mereka...

Aku memang geram sangat bila tengok orang2 ni bawak kete macam nak racing plak kat kawasan umah aku, kadang2 siap nak memotong2 kete aku plak dalam keadaan kelam kabut..apa lah yang mereka kejarkan??..walhal rumahnya selang 2 -3 buah jek ngan umah aku..tak faham betulla..pernah jugak aku terfikir mungkin dia ada kes kecemasan kot..tapi bila sampai jek depan pagar takde nampak cemas pun..buka pagar mcm biasa & tak dalam keadaan kelam kabut mcm dia bawak kete tadi...adoi..kawasan perumahan bukan tempat kita tunjuk 'terror'..kalau rasa2 'terror' sgt cukuplah bawak laju berdesup kat jalan persekutuan ke highway ker...

Adoi tak taulah, kalau tak jadi apa2 takpe..cuba sekali terjadi sesuatu yang tak diingini..kebetulan yang dilanggar tu anak jiran betul sebelah umah kita..apa perasaan dia?..dah la tiap2 hari kita akan jumpa muka dia..adakah dia akan memaafkan perbuatan kita tu??...kalau aku sudah tentu 'SUKAR UNTUK DIMAAFKAN'...Oleh itu fikir2 kanlah..kadang2 aku terfikir gak,mungkin org2 mcm ni tak ade anak atau adik, atau dia sebenarnya sebatang kara tu sbb dia tak pernah terfikir kemungkinan2 ini..entahlah..manusia ni pelbagai ragam kan??..

Itu kisah di kawasan perumahan aku, kita pergi ke kisah lain plak...
..dah beberapa kali aku berjalan menuju ke kereta kat kawasan ofis aku (waktu nak balik), kereta laju berdesup....terkejut aku dibuatnya, mungkin sbb kawasan tu macam mencerun sikit...tapi jangan la laju sgt, slow la skit...ni kan kawasan pejabat..orang lalu lalang nak balik,  tak perlulah kelam kabut nak bawak laju2..dalam kawasan pejabat je kan..lepas kuar kawasan tu, suka hati la nak bawak laju ke tidak..sila la hormati pejalan kaki, buatnya kita tak sedar tetiba jek yang berjalan kaki tu terjatuh ke, tergelincir ke & kita tergilis dia camne?..Ya Allah tak dapat aku bayangkan...ntahlah kadang2 aku pelik gak 'attitude' org2 ni...kalau nak kejar masa pun, ala berapa minit sangat la yang dapat dijimatkan kalu bawak berdesup tu..kat simpang 4 depan tu pun jem jugak..

Apa2 pun yang penting kita berhati2 dalam apa jua keadaan...terlalu laju pn bahaya, kalu terlalu perlahan menyusahkan org pulak..semuanya kena sederhana dan berpada2 mengikut keadaan....dan diharap kita semua leh amik iktibar sebelum perkara tak elok terjadi... ;)

Friday, 14 October 2011

Seronokkan Cinta Monyet..??.. ;)

Bila sebut jek 'Cinta Monyet' teringat kisah dulu2..kadang2 senyum sendirik..hahaha..cepat tul masa berlalu..cinta monyet pun berlalu sekarang yang tinggal 'Cinta Sejati'..hehe


Seronok sebenarnya bercinta nih..lagi2 time sekolah dulu..masa aku tu sekitar tahun 90-an..mane ade kemudahan hp mcm budak skrg..semua guna surat.., surat lak kirim kat orang, kalau org tu jujur xpe..ni yang jenis suka jaga tepi kain org..abisla satu kelas baca surat kita tu..haha.., pernah gak terkantoi ngan ustazah..hehe..tapi bukan nye citer pasal ape2 pun dalam surat tu cuma tanya khabar jek.. ;)

'Cinta Monyet' aku ni bermula masa aku dlm tingkatan 2 haha..jangan salah sangka, bukannya gatal terlebih tapi kita kena bersyukur sebab aku punye feeling kat org berlainan jantina...maknanya itu adalah fitrah yang normal..jadi, bagi ibu bapa yang anak2 mula terjebak dalam 'ceritera cinta' ni patut terfikir sesuatu ...

1. Siapa yang anak kita 'terfeeling' tu...berlainan jantina atau sebaliknya..
2. Sikap anak kita yang mungkin sedikit berubah..
3. kalu anak2 sekarang memanjang pegang handphone..kalu dulu memanjang jek nak jawab talipon rumah...hahaha

Seronok sebenarnya bercinta nih..P. Ramlee kata ' dunia ini ana yang punya' tapi kita kena ingat pelajaran juga adalah penting..setakat aku bermain cinta cintun ni...tiada kamus kekantoian dalam pelajaran aku..hahaha

Tapi...memang ada sedikit perubahan yang kita tak sedari..walaupun kita kata tidak, tapi ia berlaku...
1. Kita kerap berangan ~~ mak la yang paling menyedari perubahan ini.
2. Kalau budak sekarang, study pun dok balas sms..adoi sabar jek la..dah la dok dalam bilik, bergayut ke balas sms parents bukan tahu pun kan..??
3. Kita rasa kita boleh kawal perasaan cintan-cintun tu..tapi sebenarnya tidak... ~~ oleh itu pada adik2 berhati2 lah jangan terlalu ikutkan perasaan..
4. Sekarang kita rasa kita sayang sangat pada si dia, rasa macam leh kawin lah dengan dia pas abis belajar.. ~~ hakikatnya, hanya 3% sahaja pasangan yang berjaya sampai berkawin tau...haha..nak tau sebab apa???...bila kita umur kita semakin meningkat, watak kita juga akan semakin berubah tanpa disedari...kalau dulu kita dok kat celah ketiak mak, nanti kita akan ke sana -sini pulak..masuk Universiti lah, keje lah..macam2 org yang kita akan jumpa..ingat kita boleh setia..???..hahaha tepuk dada tanya rasional.. ;)

Lagi satu untuk parents, kadang kala kita juga perlu rasional..rasa 'cinta' tu anugerah Allah..memang tak boleh lari..nak marah pun tak boleh dan kita kena pastikan rasa 'cinta' anak kita tu pada org yang betul..mengikut fitrahnya..dan anak kita dapat mengawal tindak tanduknya dengan bimbingan kita..

Tapi yang aku kesalkan, bila ibu bapa terlalu sporting..bila ditanya,
"anak aku tu pakwenya pandai, tahun lepas PMR nya dapat 8A, biar la diorang berkawan"..
Kita kena ingat, tak semestinya seseorang itu bijak, ia bijak juga mengawal emosinya.., sekiranya si lelaki tahu mengawal emosi sekalipun, bagaimana yang si perempuan??..
..jangan terlalu dibiarkan..nanti tak pasal2 si lelaki dapat masuk 'U' yang pompuannya tersadai kat kampung sebab kantoi exam...camne tu??..hahaha...ingat tu..adakah kita rasa si lelaki yang bijak itu akan tunggu aweknya yang kantoi di kampung??..sedangkan dia akan jumpa beribu awek2 yang pandai & comel2 di universiti nanti...haha..fikirkan lah.. ;)

Kalau nak berbalik kat citer aku, aku nyer cinta monyet tu tak kesampaian..tu la yang aku katakan tadi bila dah semakin berusia & jumpa banyak orang, kita banyak buat penilaian..penilaian yang kita buat adalah berdasarkan apa yang kita rasa terbaik untuk kita...tapi yang terbaik untuk kita, mungkin tidak berapa baik untuk pihak yang lain..tapi kadang kala kita perlu juga ada sedikit rasa pentingkan diri sendiri..nampak macam tidak elok, tapi itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya...
Buat kawan2 yang terlibat dalam 'cintan-cintun' aku tu..mohon maaf ye..aku tau korang pun dah bahagia sekarang ngan family masing2...
Siapalah kita ni kan, hanyalah manusia biasa..hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan..yang penting aku bahagia dengan kehidupan sekarang...
cau cin cau... ;)

Thursday, 13 October 2011

Jadi anak sulong best ker??

haha..entry kali ni pasal anak sulong..aku memang anak sulong dari 6 beradik..3 pompuan, 3 lelaki...so, aku ada 5 adik la...ramai kan..haha..

Bila kita citer tentang anak sulong, sume org kata anak sulong byk tanggungjawab..kena jaga adik2la, kena sara keluarga bila dah keje, kena berkorban lebih untuk adik2..dan macam2 lagi...kalau tengok tangungjawab anak sulong ni aku pun stress...adoi..berat betul bahu anak sulong ni kan...

Hmmm...Alhamdullillah, aku datang dari keluarga sederhana..mak aku suri rumah,abah aku jek yang keje..mak abah aku bab anak2 diorang tak pernah pun membeza2kan anak sulong ke, kedua ke ketiga ke keempat ke bongsu ke..sume kena layan sama rata..bagi aku adalah tidak adil sekiranya anak sulong terpaksa pikul semua beban sedangkan adik2 tak tahu erti susah payah...

Sebagai contoh dalam keluarga aku, kalau nak amik lesen kete kena pakai duit masing2 ataupun pakai duit abah dulu pastu kena bayar skit2 kat abah..sebab masa aku amik lesen dulu, aku pakai duit sendiri..sedangkan handphone pun aku beli sendiri..laptop pn aku beli sendirik tau..(laptop tu share ngan bf yang sekarang merangkap suami aku..hehe)..memang aku jenis x suka nak bebankan abah dengan benda2 tu sume..ye la aku faham abah banyak tanggungan...

Bila orang kata,
"ko tu anak sulong kena berkorban skit"..
"anak sulong mesti banyak tangungjawab"..
"best ke jadik anak sulong?, mesti lambat kawin sebab nak jaga adik2"...
"anak sulong mesti cepat terasa bila adik2 dilebihkan"...

Tiada bezanya anak sulong ke tidak..sume anak kena berkorban.., sume anak perlu bertanggungjawab, sume anak perlu menjaga kebajikan ibu bapa serta adik beradiknya, sume anak berhak untuk mendapat layanan sama rata dari mak abah diorang...sebagai ibu bapa kita tidak boleh terlalu berharap kepada yang sulong sahaja sehingga anak2 yang lain tak kenal erti jerih & payahnya kehidupan kita sebelum ini...Ini tidak adil untuk yang sulong...

Begitu juga anak2 lelaki & perempuan, lelaki dibiarkan lepak jek, mak la yang buat sume keje dari memasak sehingga la lipat spender anak lelakinya..adoi..sabar je la..bila tang anak pompuan, dari kecil dah diajar keje2 rumah dari memasak sehinggalah lipat spender adik beradik lelakinya...adakah ini yang patut kita terapkan untuk anak2 kita??..apa bezanya anak2 lelaki & perempuan??..mereka sume mesti diberi tanggungjawab..kalau tidak mereka tak tahu erti tanggungjawab..kesian la kat isterinya nanti, semua kena buat..kalau aku, aku tak sanggup..
Kesannya di akhir nanti, bila anak2 sume dah besar..mak pun dah tua, tinggal pula dengan anak lelaki yang tak pernah diajar itu dan ini (yang hanya dibiarkan jek lepak & study--kalau study la), mak yang tua la kena buat itu & ini untuk anak lelakinya..siapa yang penat???...mak jugak yang penat..siapa yang patut dipersalahkan? Anak?, ayah? atau mak sendiri?...entahla..bukan senang kita nak mendidik anak2 kita kan?!...semua itu perlukan kesabaran & kebijaksanaan..

Berbalik pula dengan kes anak sulong..hehe..bab anak sulong kena kawin lambat..hehe takde dalam kamus keluarga aku, sebab aku kawin awal dari adik aku..hehe, bukan sebab kakak sulong gatal nak kawin..sebab nak mengelakkan maksiat.... ;)

Buat anak2 ku ..jangan risau mama papa akan buat yang terbaik..tidak ada unsur siapa mama & papa lebih sayang...sume kena sama rata...sume perlu tahu apa itu tanggungjawab..
Mama & Papa sayang sume anak2 kami....semoga kalian sume jadi anak yang soleh & bertanggungjawab... ;)

Monday, 10 October 2011

Oh..putriku....

 
Putri, about 20 weeks

  
Putri 28 weeks    
                
Cepat betul masa berlalu..pejam celik2 putri dah 33 minggu..x sabar rasanya mama & papa nak tunggu kelahiran putri, Insya Allah lebih kurang 7 minggu lagi...macam tu jugak Abg Long Ihtifaz..Abg Long kata dia nak pimpin putri sambil pegang payung...macam2 Abg Long Ihtifaz ni...
 Abang Long Ihtifaz & Putri

Mood makan mama pun dah berubah sekarang ni..pagi, tgh & malam asyik nak nasi jek..lepas tu suka makan macam2..habislah badan mama naik pas ni..papa lak nak control makan, malam x nak makan nasik..tapi hari ni papa kata nak beli KFC tomyam yang baru kuar tu tuk dinner..haha, diet apa cam ni hahaha...

Putri, Insya Allah, papa & mama akan jaga & didik putri dengan baik, begitu juga dengan Abg Long Ihtifaz akan jadi abang yang baik untuk putri..
Putri, ketahuilah kita bukanlah dalam kalangan keluarga yang berada..tapi Alhamdullillah dengan rezeki yang Allah kurniakan untuk kita sekeluarga, Insya Allah sangat mencukupi..yang penting kita perlulah bersyukur kerna ramai lagi yang kurang bernasib baik dari kita..

Alhamdullillah mama & papa dah siapkan serba sedikit keperluan putri..mama ada baju baru untuk putri tau, walaupun cuma 5 pasang jek (sebab baju Abang Long Ihtifaz masih bleh pakai lagi)..hehe, takpela putri, lagipun putri x kan pakai lama baju2 'new born' ni sebab putri akan cepat besar..bila besar nanti, mama & papa akan belikan baju yang lain plak tau..hmm, botol susu pun mama dah belikan, macam tu jugak dgn pampers..sume dh settled tau, cuma kelambu & tilam jek mama x prepare lagi..kelambu, next gaji la mama beli, tilam dah ada cuma mama tak sempat nak buat cadar lagi..Insya Allah, bulan depan kot...barang materniti mama pun masih ada lagi la yang tak settle..semuanya nak settle kan bulan depan lepas gaji hehe

Sebenarnya mama rasa berdebar sangat nak menunggu kelahiran putri ni..rasa seronok,  cemas, risau & takut bercampur2..seronok sebab tak sabar nak tengok putri, cemas, risau & takut sebab mama teringat sakitnya masa lahirkan Abg Long dulu...tapi x pe..Insya Allah semua akan berjalan lancar..putri doakan kesihatan mama ye, semoga dipermudahkan segara urusan..dan mama akan dapat seorang putri yang comel, sihat & menyenangkan..
Ya Allah kurnikan mama seorang putri yang Solehah..
Amin...

Friday, 7 October 2011

Ihtifaz kena Tonsilitis (dah bengkak & bernanah.........!!!)

Dah lebih 3 hari Ihtifaz demam...mula2 ingat dah reda masa hari kedua tu, pagi tu cergas, elok macam biasa..rupa2nya bila mula nak malam badannya mula panas...adoi..apsal plak ni..hati mama & papa dah mula risau...

Hari Rabu dah hari ke-3 Ihtifaz demam...bila malam, panas menjangkau 39 ++ darjah celcius..Nampaknya hari ni memang kena bawak dia ke klinik Pakar Kanak2, sebab dah 3 hari demam masih tak kebah lagik.. memang kat klinik ni je ubat yang diberikan Doktor tu serasi ngan dia..ubat di klinik biasa memang tak jalan...

Bila Doktor periksa, rupanya punca utama demam dia ialah tonsil bengkak & dah mula bernanah (nampak putih tompok2 kat tonsil dia yang bengkak)...memang jelas bila Doktor tu suluh anak tekaknya..adoi..kesian sangatnya anak Mama...patutlah demam tak surut2..

Dortor kata, ini bukanlah demam denggi tapi demam yang disebabkan oleh sejenis bakteria streptococcus, inilah yang menyebabkan tonsil Ihtifaz bengkak & bernanah.

 Tonsil Ihtifaz yang bengkak & bernanah

Puncanya...
Puncanya adalah disebabkan oleh hygiene jugaklah..biasalah budak2 kadang2 makan tak cuci tangan dulu..pegang kucingla, pegang tanah la, pegang itu & ini pastu isap jari...susah nak kawal budak2 dalam usia yang sedang lasak & aktif ni...Bukan tu jek,  ia juga boleh berjangkit melalui udara & sentuhan sama macam virus selsema jugak..

Tanda2 jangkitan..
1. Demam panas terutamaya waktu malam..demam sampai menggigil dan kaki serta akan sejuk, tapi kepala & perutnya rasa panas..
2. Demam yang melebihi 3 hari..
3. Tonsil bengkak dan bernanah..dinasihatkan parents kalau anak demam, sila suluh bahagian mulut anak kita, suruh dia nganga dan keluarkan lidah dahulu..kalau tonsilnya bengkak, kita akan dapat tengok dengan jelas, begitu juga kalau tonsilnya mula bernanah..terlihat tompoh keputihan pada tonsil yang bengkak..

Keseriusan penyakit ini..
Pada mulanya aku sendiri tak tahu sejauh mana keseriusan tonsilitis ni..tapi bila diberitahu oleh Doktor..baru jelas..rupanya komplikasi penyakit ini amat2lah bahaya terutama pada kanak2..Komplikasi yang paling serius ialah Demam Rheumatik yang boleh menyebabkan jangkitan pada injap jantung...ini yang paling aku takuti..

Lagi satu sekiranya Tonsil yang bernanah tidak boleh disembuhkan dengan antibiotik, nanah itu hendaklah dikeluarkan dengan rawatan pembedahan..adoi..teruknya...risau sangat dah aku ni...huhu... :(

Oh Ihtifaz..
Hari ni dah masuk 5 hari Ihtifaz demam..pagi tadi suluh tonsil..nampaknya tompokan nanah tu makin berkurangan, walaupun tonsilnya masih bengkak lagi...
Ya Allah, semoga Ihtifaz cepat sembuh..jauhkan dia dari komplikasi penyakit yang bahaya ni....
Amin...

Monday, 3 October 2011

Ihtifaz Demam....

Memang dari pagi semalam badannya mula nak panas.. X tau la nape...risau gak sebab ada bekas gigitan nyamuk kt pipi & lehernya..kebetulan malam lepas ada kenduri kt kampung..tapi kalu bab bengkak2 kena gigit nyamuk tu memang dh biasa pn..nyamuk kalau hinggap sikit pun memang kesannya akan bengkak2...hipersensitif kulit dia ni...
 Siannya anak mama

Tapi hari ni aku hantar gak kt Taska tapi dengan bekalan ubat la..mlm td 2 kali masuk supp pcm 125 mg..badannya panas ++ ngigau2 plak tu...sian Ihtifaz..tadi aku check suhu dia dh 39.5 celcius..risau aku, walaupun baru 1/2 jam bagi sirap PCM...aku bagik gak Supp PCM 250 mg punya..adoi baru turun panasnya...

Teringat masa Ihtifaz umur 2 tahun dulu Doktor tu buh 3 x 125 mg supp PCM sekaligus..masa tu suhu dia dh hampir cecah 40 celcius..tapi Doktor tu nasihat kt aku jgn wat mcm dia, & jangan risau ubat tu akan digest dengan sendiri kalau berlebihan dalam badan tapi dengan syarat PCM tidak diambil lebih dari 400 gm/day...

Doktor tu kata yang penting suhu turun, kalau suhu panas sgt boleh kena serangan sawan plak & memberi kesan buruk pada otak kanak2..

Tips untuk mengenali demam kanak2..
1. Kalu demam itu disebabkan virus, kanak2 akan aktif walaupun demam dan suhu akan lebih tinggi pada waktu malam..
2. Kalu demam tu disebabkan bakteria, kanak2 akan lemah & tidak bermaya sepanjang hari...
3. Sekiranya suhu terlalu tinggi, langkah pertama bagi la PCM Supp sebelum bawak anak kita ke klinik, bimbang apa2 terjadi semasa perjalanan ke klinik..dan pastikan PCM supp sentiasa ada dalam simpanan kita..125 mg PCM supp untuk kanak bawah 4 thn, kanak2 4 tahun & ke atas dh leh bagi yg 250 mg PCM supp...
4. Kalu boleh lembabkan badan anak kita untuk kurangkan suhu, kalu dia nak mandi, kita mandikan kalu xnak memadailah dengan lap2 badan dengan tuala lembab terutama di bahagian kepalanya...
5. Sekiranya demam lebih dari 3 hari & masih lagi tak berkurangan, silalah berjumpa dengan doktor bimbang terkena demam denggi & demam2 bahaya yang lain..

Kita mengharapkan yang terbaik untuk anak kita..serba sedikit ilmu berkenaan rawatan pun perlu diketahui untuk kesejahteraan anak kita juga..
Semoga Ihtifaz cepat sembuh..sian anak mama.....

Friday, 30 September 2011

Birthdayku hari ini.............

Alhamdullilah, Allah masih lagi memberi masa dan waktu untuk aku menikmati kurniaan-NYA.. Walaupun aku kadang2 lalai dengan nikmat yang diberi, tapi DIA masih lagi memberi peluang untukku...

Bersyukur sungguh aku dilahirkan dari keluarga yang sangat bahagia..aku dikurniakan pula suami yang sangat memahami, berkongsi susah senang..diberikan anugerah si kecik Muhammad Ihtifazhuddin penyeri rumah tangga dan anakku yang bakal lahir hujung November nanti...

Mentua, ipar duai, saudara mara dan sahabat handai yang menghargai...Alhamdulillah, semuanya amat menyenangkan & membahagiakan...disamping rezeki kurniaan Allah yang tidah ternilai harganya...

Ya Allah, walaupun aku akui ini semua hanya pinjaman..dan aku harus bersedia dengan apa yang bakal mendatang...namun, aku akan sentiasa panjatkan kesyukuran pada-MU Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga...

Selamat Hari Lahir untuk diriku semoga keberkatan akan sentiasa mengiringi setiap langkahku...Insya Allah...

Wednesday, 28 September 2011

Pregnant tu kan dikira dalam 40 minggu...

Haha...ramai yang keliru berkenaan cara kiraan orang mengandung..kalau ikut orang tua2, perempuan mengandung tu dalam 9 bulan 10 hari sama dengan 37 minggu 3 hari..
Tapi kalau ikut perkiraan perubatan moden..(klinik2 yang biasa kita pergila) mengandung tu jangkamasa adalah 40 minggu bersamaan 10 bulan, tetapi ia dikira dari hari pertama haid yang terakhir...


Hmmm....ramai yang keliru kalau tak kira betul2..cam aku sekarang dah 32 minggu bersamaan dengan 8 bulan (ikut perkiraan klinik la)..Jadi aku punya due date adalah hujung November...
Biila org tanya "dah berapa bulan??.."
Aku pun jawab "dah 8 bulan.."..
So, org tu akan jawab semula, "bulan depan bersalin la.."
Aku plak jawab "bukan bulan depan tapi 2 bulan lagik."..
Pastu orang tu akan tanya lagi "kalau 8 bulan, bulan depan lah bersalin kan??"
Aku jawab lagi "taklah kalu ikut due 2 bulan lagi"
Hmm..org tu akan buat muka cam kononnya aku yg silap...huhu, tapi aku wat tak reti je la..hehe


Takkan aku yg silap kot, aku yang mengandung..huhu 
Ye la kalau nak cukupkan 40 minggu (ikut kiraan klinik), bermakna 40 minggu - 32 minggu = 8 minggu..ini maksudnya 2 bulan lagikla kalau ikut due date...habis tu camne aku nak wat org tak keliru???..hmm..lain kali aku nak jawab dah "32 minggu, 2 bulan lagi Insya Allah bersalin la..."...hehe

Ihtifaz yang suka berus gigi.........

Anak aku Si Ihtifaz ni dulu memang suka berus gigi, dan aku pun selalu ingatkan dia berus gigi setiap kali mandi, sebelum tidor & selepas makan coklat...haha..setiap kali berus gigi mesti tunjuk gigi kat mama dulu & mintak dipuji..so, mama pun pujila.. "putihnya gigi Ihtifaz, pandai Ihtifaz berus gigi", selagi tak puji, selagi tu la dia akan tunjuk gigi dia sambil berkata " mama tengoklah gigi Ihtifaz ni.."...

Nak jadikan cerita suatu hari dia mintak tuk bawak berus gigi & ubat gigi ke taskanya..selama ni aku memang tak bagi dia bawak sebab takut tertukar dengan budak2 lain plak. Jadi, oleh kerana kesian so, aku benarkanlah dia bawak. Kemain seronok lagi dia..esoknya bila aku ambil dia dari taska, aku terpaksa tunggu lama...tertanya2 jugak pasal apa plak budak ni tak keluar2 dari taska ni, rupanya cikgu dia kata " Ihtifaz kat bilik air tengah berus gigi, setakat ni dah 4 kali dia berus gigi"..hahaha..terlebih rajin plak budak ni memberus gigi...

Alhamdulillah, setakat ni gigi Ihtifaz takde masalah..cuma mama tak sempat lagi nak bawak dia pegi jumpa Dentist..orang kata kalau gigi kekal mula nak tumbuh tapi gigi susu masih elok, gigi kekal tak boleh tumbuh dengan baik..tak tau le betul ke tidak..tu yang nak jumpa Dentist tuk check & mintak nasihat...  ;)

Tuesday, 27 September 2011

Air terjun & sungai tidak selamat lagi...??

Kalau cerita pasal sungai & air terjun memang seronok..tempat berkelah & mandi manda masa kecik2 dulu..Tapi sekarang tempat itu seolah2 tidak selamat lagi. ada beberapa kes kencing tikus yang membawa kepada kematian mengejut. Saya terpanggil untuk mengetahui apa itu penyakit 'Kencing Tikus' apabila baru2 ini isteri pada officemate Incik Zamri meninggal dunia akibat jangkitan bakteria tersebut. Dua minggu sebelum isteri beliau demam, mereka sekeluarga pergi berkelah di air terjun.

Apa Itu Penyakit Kencing Tikus??
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit  yang berpunca daripada bakteria spirochaete yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini  adalah penyakit jangkitan akut (jangkitan akut bermaksud jangkitan tiba2) dengan bengkak pada limpa (“splenomegaly”), penyakit kuning (jangkitan pada hati) dan nephritis (jangkitan pada buah pinggang). 

Haiwan penyebab Penyakit Kencing Tikus
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos /perumah utama (punca utama), sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos/perumah kedua. 

Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdehana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika. Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Bagaimana manusia dijangkiti??
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit, menelan air tercemar kencing haiwan yang dijangkiti, menyimbah air tercemar ini pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan amat berisiko sekiranya kita lama berendam dalam air di kawasan perkelahan kerana ia menggalakkan kemasukan bakteria.
 
Penyakit ini tidak diketahui boleh berjangkit atau tidak dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria dari manusia ke manusia yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Ini bermaksud tiada kes penyembuhan sekiranya manusia dijangkiti setakat ini, berita ini amat menakutkan kita.

Apakah Tanda2 manusia dijangkiti??
Jangkitan Kencing Tikus pada manusia menyebabkan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Terdapat 2 fasa Jangkitan Kencing Tikus ia bermula dengan dengan fasa pertama iaitu seperti selsema, demam, sejuk, sakit2 otot, sakit kepala yang kuat. Fasa ini hadir selepas hari ke 4 hingga 14 hari tempoh manusia menyentuh & dijangkiti air tercemar kencing tikus.

Selepas fasa pertama sembuh, dan pesakit seoalah2 berasa sihat sehingga fasa kedua bermula. Fasa kedua adalah fasa keterukan iaitu pesakit akan mengalami meningitis, (jangkitan pada mambran otak), kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Oleh sebab itu, penyakit ini sering kali tersilap diagnosis kerana tanda dan simptom pada pesakit yang sangat luas dan hampir menyamai penyakit2 berjangkit yang lain, terutama pada fasa yang pertama.

Berhati-hatilah
Oleh itu lebih baik kita mencegah jangkitan ini berlaku, elakkan dari ke tempat2 sangat berisiko seperti air terjun, kawasan kotor, kawasan pemeliharaan binatang dan penyelembelihan. Dan amalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan kerap sesudah menyentuh kawasan berisiko. Guna atau balutkan dengan plaster pada kawasan2 luka yang terbuka pada permukaan kulit. Jagalah kebersihan di kawasan perkelahan, elakkan membuang sampah & sisa makanan di merata tempat kerana ia menggalakkan tikus, anjing & haiwan lain yang berisiko untuk penyebaran penyakit kencing tikus ini berkeliaran.





Adakah kita bersedia untuk ditinggalkan??

Apa pun dalam kehidupan kita hendaklah sentiasa bersedia, malang tidak berbau, macam2 boleh terjadi dengan kehendak-NYA. Baru2 ni isteri pada officemate Incik Zamri telah pun meninggal dunia akibat jangkitan 'Kencing Tikus'. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak berumur 3 bulan dan 3 tahun. Perginya sangat mengejut itu membuatkan saya & Incik Zamri terfikir, adakah kami bersedia sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami..??

Dengan anak2 yang masih kecil sudah tentu rapat dengan ibunya tambahan pula allahyarham adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Bagaimana si suami menghadapi situasi tersebut??, walhal 3 bulan yang lepas mereka baru sahaja dikurniakan bayi perempuan dan Incik Zamri masih menyimpan sms pemberitahuan berita gembira itu..Hampir menitis air mata apabila kami bercerita perihal mereka. Incik Zamri sendiri tidak dapat gambarkan bagaimana sekiranya ia berlaku pada dirinya. tidak terkata, tak tahu nak buat apa2, tak tahu nak buat sebarang keputusan, kelu, kaku, hanya berserah pada Allah...

Adakah kita bersedia???..Sekiranya saya sendiri yang mengalaminya, saya sendiri belum mampu mengatakan "ye, saya bersedia". Apatah lagi untuk "meninggalkan", saya masih belum cukup bersedia..sangat belum cukup..

Wednesday, 10 August 2011

Masak Lemak Ketam yang Menjilat Jari...!!!

Kalu dalam menu yang dirancang, juadah hari ni memanglah Masak lemak Ketam..haha..menjadi jugak ikut menu, tak macam tahun lepas, tak pandai nak budget lauk, mesti lebih banyak setiap kali buka & bersahur.. :)
Sayurnye plak Kangkung Goreng Belacan yang kebetulan ada kangkung lebih dari buat pecal hari tu...hehe, tkn baik membazir tau.. :) Jadinya Kangkung Goreng Belacan takyah la tulis resepi lagi sebab minggu lepas dah masak pun juadah ni..hehe

Ini la resepi Masak Lemak Ketam yang mudah disediakan....

Resepi Masak Lemak Ketam
Bahan Utama
Ketam 4 ekor dipotong tengah
Bahan dikisar
Sebiji Bawang Besar
1 Kiub Ikan Bilis
Sebiji Cili Merah Besar
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
3 Cawan Santan Pekat
1 Cawan Santan Cair
Bahan2 Lain
2 Batang Serai Dititis
Garam & Gula Secukup Rasa.
Cara2
Masukkan bahan dikisar, Serai & Ketam ke dalam periuk
Letakkan di atas api
Kacau sedikit sementara tunggu mendidih 
**tips perlu dikacau selalu untuk elakkan pecah minyak
Masukkan Garam & Gula Secukup Rasa
Bila Mendidih Tutup Api & Boleh Dihidangkan..

Senangkan??...hehe, ni la cara yang express & paling mudah..hari ni aku & incik suami menambah nasi gara2 Masak Lemak Ketam..Si kecik tu pun suka..puas hati hari ni dapat makan ketam..yey..!!!

Bukti turun Al-Quran pada Malam "Lailatul Qadar" & kaitannya dengan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan.

Bila tiba je bulan Ramadhan, rasanya semua orang akan terlintas tentang Malam Lailatul Qadar..dan turunnya Kitab Suci Al-Quran pada Ramadhan yang Mulia..Kita dari kecil telah didedahkan 17hb Ramadhan adalah hari turunnya Al-Quran kerana setiap tarikh inilah kita akan bercuti & menyambutnya..Dalam diam terbit sedikit sangsi berkenaan tarikh '17 Ramadhan' tersebut..tepatkah ia? dari manakah sumbernya??..

Namun Allah terlebih dahulu menerangkan berkenaan Lailatul Qadar & penurunan Al-Quran di dalam Al-Quran pada "Surah Al Qadr" & "Surah Ad-Dukhan" serta Allah juga menyebut berkenaan "Hari Furqaan" dalam "surah Al-Anfaal". 

SURAH AL QADR (AYAT 1-5)
Surah Al-Qadr (Surah yang ke-97) yang terdiri atas 5 ayat. Surah ini dinamai  yang bermaksud kemuliaan, diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surah ini, surah ini menjelaskan bahawa Al-Quran diturunkan pada 'Lailatul Qadar':
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5[ Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

SURAH AD-DUKHAN (AYAT 3 & 4)
Surah Ad-Dukhan adalah surah ke 44 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan yang berarti Kabut diambil dari kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 surah ini. 
Pada ayat 3 & 4, di dalam surah ini juga menerangkan berkenaan turunnya Al-Quran pada "Lailatul Qadar" ('malam yang berkat' bermaksud 'Lailatul Qadar') :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 [3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
[4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

MALAM LAILATUL QADAR & HADIS
Namun, dalam beberapa hadis Rasullulah berkenaan Malam Lailatul Qadar, ia menunjukkan bahawa Lailatul Qadar mungkin terjadi di antara 10 malam terakhir Ramadhan..
Tetapi, sekiranya Lailatul Qadar di antara 10 malam terakhir Ramadhan, maka turunnya Al-Quran bukanlah 17 Ramadhan tapi mungkin di antara hari ke 20 Ramadhan hingga 30 Ramadhan
Di antara hadis yang menyatakan demikian ialah :

1. Diriwayatkan daripada  Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah.
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: 
Maksudnya : "Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

2. Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil"

 Jadi, bilakah tarikh sebenar turunnya Al-Quran??,
17hb Ramadhan atau 10 malam terakhir Ramadhan??, 
Kita lihat pula surah Al-Anfaal (ayat 41)..

SURAH AL-ANFAAL (AYAT 41)
 
 [41] "Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

"Hari Al-Furqaan" pada ayat inilah yang mungkin dimaksudkan "hari turunnya Al-Quran", pada ayat ini juga berkaitan dengan Perang Badar berlaku pada 17 Mac 624 M iaitu 17 Ramadhan dalam Takwim Islam. Perang ini merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Mekah.

Oleh itu sambutan Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan mungkin diambil berdasarkan Surah Al-Anfaal, ayat 41 ini.

 Tetapi apabila diamati ayat di atas "Hari Al-Furqaan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar)", ayat ini tidak menerangkan dengan jelas Hari Al-Furqaan adalah hari turunnya Al-Quran & mengikut Tafsir Ibnu Katsir "Hari Al-Furqaan" yang disebut itu bermaksud adalah "waktu terjadinya Perang Badar.."
 
Namun, terdapat Tiga Pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang bilakah Al-Quran diturunkan.. 

Pendapat Pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah, (17 Mac 624 M), berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal.
Pendapat Kedua menyatakan Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadan, (6 Ogos 610M), tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, namun ini tiada sumber yang jelas. Tetapi dikatakan tarikh ini Rasulullah menerima wahyu pertama iaitu ayat pertama Al-Quran (Surah Al-Iqra). Tarikh ini menunjukkan 'ayat pertama' dari Al-Quran bukan 'penurunan Al-Quran sepenuhnya' & mungkin juga tarikh ini yang diambil unuk sambutan Nuzul Quran di Malaysia.
Pendapat Ketiga pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada 'Lailatul Qadar' di antara 10 malam terakhir Ramadhan tanpa diketahui dengan jelas tarikh sebenarnya (hanya Allah sahaja yang mengetahui), berdasarkan ayat 1-5 Surah Al-Qadr dan ayat 3 & 4 Surah Ad-Dukhan & beberapa Hadis Rasullulah. 


Pendapat Ketiga ini juga disokong oleh al-Baghawi dalam tafsirnya, 
"Al-Quran diturunkan sekaligus pada 'Lailatul Qadar' dari Luh Mahfuz ke Langit Dunia (Al-Sama' al-Dunya), kemudian diletakkan di Bait al 'Izzah untuk disampaikan oleh Jibrail kepada Nabi S.A.W secara beransur2 sesuai dengan pekembangan masa & fikiran masyarakat."


Oleh itu menurut Al-Quran Terjemahan & Tafsiran & Hadis :
Al-Quran turun di malam Lailatul Qadar, di antara 10 hari terakhir Ramadhan, sebelum Rasulullah menerima wahyu yang pertama. 
Tarikh & waktu diturunkan tidak diterangkan & diketahui dengan jelas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya Pendapat Ketiga adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. 

Wallahualam  

Sumber : 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar
http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/home.htm
http://www.alquran-melayu.com/44-ad-dukhan/
http://www.alquran-melayu.com/8-al-anfal/
http://www.alquran-melayu.com/97-al-anfal/
http://books.google.com.my/books?id=PCUOxtH6AfgC&pg=PA528&dq=ibnu+katsir+hari+furqaan&hl=en&ei=tQxCTuaoMtDirAeCjuXRBw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCoQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false

Tuesday, 9 August 2011

Gulai Nangka, Ikan Bakar & Air Asam..sedapnyer...!!!

Balik kampung hari tu memang ada beli nangka muda, sebab teringin sangat nak makan Gulai Lemak Nangka Muda...Akhirnya dapat jugak aku merasa sebagai juadah berbuka hari ini..resepi Gulai Lemak Nangka Muda ni aku blajar dari mak mentua...memang tak sama macam Gulai Lemak Nangka mak aku masak, tapi sedapnya tetap sama...Cuma yang aku buat ni lain skit kot, sebab nak cepat & ikut modified sendirik je, janji jadik..hehe...

Resepi Gulai Lemak Nangka Muda
Bahan Utama
Nangka Muda (direbus hingga lembut)
Bahan Dihiris
Sebiji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
Bahan Kisar
1/2 pek serbuk Kari Babas
3 Cawan Santan Pekat
1 cawan Santan Cair
**tips, aku saja suka kisar santan & kari ni sebab malas nak bancuh serbuk kari, kalu tuang je nanti berketul plak..hehe
Bahan2 Lain
Serbuk Jintan Manis & Jintan Putih (boleh beli kat kedai)
4 Tangkai Daun Kari
8 ekor Ikan Bilis
3 Sudu Makan Minyak Masak
Cara2
Masukkan Nangka & Bahan Dikisar sekali dalam periuk
Letakkan atas api
Sementara ia mendidih...,
Panaskan minyak masak dalam kuali
Tumiskan Serbuk Jintan Putih & Jintan Manis bersama Daun Kari
Kemudian masukkan bahan2 yang dihiris tadi & ikan bilis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk yang terisi nangka & santan tadi.
Kacau sedikit & masukkan Garam & Gula secukup rasa.
Biarkan hingga mendidih
kemudian bolehlah dihidang...

Resepi Ikan Bakar
Bahan Utama 
4 ekor Ikan Kembung siap disiang
Bahan Rempah
Kunyit & Garam secukup rasa
Serbuk Jintan Putih & Jintan Manis
2 Sudu Makan Susu Pekat
Cara2
Gaulkan Ikan dengan Bahan Rempah hingga cukup rata, lumurkan Sambal Ikan Bakar di atas ikan
Bakar hingga masak
***tips, jangan bakar terlalu kering nanti tak sedap..

Resepi Sambal Ikan Bakar
Bahan2 Dikisar
1 Biji Bawang besar
seulas Bawang Putih
2 batang serai
10 biji Cili Kecik
Bahan2 lain
Garam & Gula Secukup Rasa
6 Helai Daun Limau Purut diracik
3 sudu makan minyak masak
Cara2
Panaskan Minyak
Tumis semua Bahan Dikisar beserta Daun Limau Purut
Masukkan garam & gula secukup rasa
***Tips, masukkan gula lebih sedikit...
  Biarkan ia  masak & agak kering
Kemudian bolehlah tutup api & lumurkan di atas ikan bakar tadi..

Air Asam (Resepi Mentua)
Bahan2 Dihiris Nipis
Sebiji Bawang besar
2 biji Tomato
1 Tangkai Cabai Besar
5 tangkai Cabai Kecil
Lain2 Bahan
1 sudu teh Kerisik
Sedikit Belacan
2 Sudu Besar Cili Sos
1 Sudu Besar Asam Jawa
Secubit Garam
2 1/2 Sudu Besar Gula
Cara2
Campurkan semua bahan di atas
Biarkan lebih kurang 15-30 minit, air tomato akan keluar sendiri
& boleh dihidangkan bersama ikan bakar..
senangkan?? Sedap lagi hehe..

Air Asam ni feveret Incik suami, setiap kali balik kampung, mak mentua mesti buatkan tuk anak & menantunya ni...hehe, orang kedah memang suka makan air asam ni dgn ikan goreng...memang penambah selera..kalu tak caya, tryla...hehe

Monday, 8 August 2011

~Kari Udang~ Juadah Berbuka hari Ke 8 berpuasa...

Diam tak diam dah Hari Ke-8 kita berpuasa, rasa cepat sungguh masa berlalu..tapi rasa excited nak sediakan juadah sebelum berbuka masih lagi berkobar2..hehe

Untuk Juadah kali ni cuma masak Kari Udang je la, sebab sayur semalam masih ada lagi..sayang rasa nak buang, masih boleh dimakan lagi..kalu namanya udang, kitorang 3 beranak memang feveret..hehe lagi2 sikecik tu, kalu udang goreng makan nasi ngan kicap pun jadik...

Kari Udang
Bahan Utama
500 gram Udang Sederhana
Bahan Dihiris
1/2 Biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
Sehiris Halia
Bahan Kisar
1 Cawan Santan pekat
1 Cawan Santan Cair
1/2 Pek Serbuk Kari Udang Babas
Lain2 Bahan
Serbuk Jintan Manis + Jintan Putih (ada jual kat kedai dah dalam bentuk serbuk)
3 Tangkai Daun Kari
Sebiji Tomato Dipotong
4 Sudu Makan Minyak Masak
Cara2
Panaskan Minyak Masak
Masukkan Serbuk Jintan Manis + Jintan Putih & Daun Kari
Masukkan Tomato
Tumis bahan dihiris hingga naik bau
Masukkan Bahan Kisar B, kacau sedikit & Biarkan hingga mendidih & pecah minyak
Masukkan Garam & Gula secukup rasa
Masukkan Udang & tunggu hingga lebih kurang 3-5 minit.
Tutup api
***Tips udang tidak boleh dimasak lama2 nanti jadik kecut..

Ni cara aku masak yg express.. hehe, kalu org dulu2 dia akan masukkan kari dulu pastu santan sikit demi sedikit..kalu aku, aku buh je sekaligus..malas nak masuk sikit2 cam leceh jek..hehe..tapi rasa memang tak lari..yang penting sedap sebab ada rasa manis udang...hehe