Teringat waktu 16hb Sept yang lepas, Little Caliph (sekolah Ihtifaz), adakan parent's meeting & jamuan raya..Sume parents yang anaknya dari 4 thn - 6 thn dipanggil untuk lihat pencapaian anak2 diorang..termasuklah aku & Incik Zamri...
Memang kami akui Ihtifaz agak kurang fokus kalu bab2 nak belajar nih..kalau nak ajar kat umah pun 15 minit jek yang dia fokus, selebihnya nak main la, nak mewarna lah, nak tgk tv dulu la., komputer la, dora la..memang susah nak tackle budak2 sebaya Ihtifaz ni..dalam fikiran dia asyik nak main je..biasalah budak2 kan semua nak seronok..
Bila tiba giliran kami berbincang dengan cikgu nya, memang betul sangkaan kami, Ihtifaz memang kurang fokus..kami diberi kertas2 ujian Ihtifaz, tahap 1 (4 tahun)..hahaha memang kelakar..mula2 tulisan nampak cantik, lama2 bila sampai ke huruf2 yang terakhir kertas penuh dengan contengan warna warni..haha, tandanya dia dah hilang fokus...walaupun cikgunya serba salah nak cerita tentang Ihtifaz yang sebenar, kami sebagai ibu bapa dah sedia faham & masak benar dengan perangai anak kami yang sorang ni..tersenyum je la kami ni..nak gelak pun ada...Namun, ada pujian sedikit dari cikgunya, Ihtifaz cekap juga dalam menguasai Bahasa Inggeris, berbanding kawan2 nye yang lain...Syukurlah..
Tapi, bila kami fikir, Ihtifaz masih belum 4 tahun lagi (kalau ikut tarikh lahirnya), banyak masa lagi untuk dia belajar, walaupun Ihtifaz baru mengenal huruf 'A' hingga 'G' sahaja buat setakat ini..ltupun kami dah rasa cukup seronok..biasanya lepas huruf 'G' je, dia akan berkata..,
"alaa, mama Ihtifaz tak tau, Ihtifaz dah lupa la.."
..lepas tu dia akan memorize dengan cara menyanyi dari 'A' semula...
Bila berbincang dengan Incik Suami, kami berpendapat..,
"dulu kita umur macam Ihtifaz, 1 huruf pun tak kenal lagi..."..hehe..
"alaa, mama Ihtifaz tak tau, Ihtifaz dah lupa la.."
..lepas tu dia akan memorize dengan cara menyanyi dari 'A' semula...
Bila berbincang dengan Incik Suami, kami berpendapat..,
"dulu kita umur macam Ihtifaz, 1 huruf pun tak kenal lagi..."..hehe..
Kalau bab nombor pulak, Ihtifaz memang lebih cekap dari mengenal huruf, dia dah kenal nombor dari 1-100..Alhamdullillah, mungkin nombor lebih mudah baginya untuk mengingat sebab ada 10 sahaja nombor asas berbanding16 huruf yang perlu dipelajari..
Minggu lepas, Ihtifaz memang buat mama & papa terkejut & terharu..pada mulanya aku sengaja suruh dia membaca niat solat, Ihtifaz baca niat solat dengan lancar sekali (niat solat zohor berimam)..kemudian tanpa disangka dia sambung dengan Takbirratul Ihram, Doa Iftitah, Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, bacaan Ruku', Itidal, Bacaan Sujud, Bacaan di antara 2 sujud, Bacaan Tahiyyat hingga Salam...Alhamdullilah syukur sangat, Ihtifaz dah pandai bacaan dalam solat walaupun kurang lancar..Pandainya Ihtifaz..bangganya mama & papa...Terima Kasih cikgu2 Little Caliph, mengajar Ihtifaz tanpa jemu..
Semenjak itu, setiap kali solat, pasti kami akan mengajak Ihtifaz solat sekali..walaupun kadang kala dia agak liat skit nak meninggalkan 'mainannya' atau 'citer katun' nya..yang kelakarnya Ihtifaz akan baca kuat2 sampaikan papa yang jadi imam terpaksa menunggu bacaannya habis, bimbang terkeliru... :)
Oh Muhammad Ihtifazhuddin...
Mama & Papa Bangga dengan kamu..
Semoga menjadi anak yang soleh membimbing adik2 kelak...
Amin...
No comments:
Post a Comment