Friday, 31 March 2017

Pengurusan Kewangan Si Makan Gaji

Assalamulaikum.

Kenaikan dan penurunan harga barang memang amat dirasai.
Terutama pada saya, Si Makan Gaji,
Gaji yang tidaklah besar dan tidak juga terlalu kecil.
Hari gaji adalah hari yang paling dinanti.
dan saya amat peka dengan tarikh ini.

Pertama
Membayar hutang sekiranya ada (Hutang pinjaman kereta, rumah, hutang kad kredit, hutang dengan kawan2)

Kedua
Saya akan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas kita.

Ketiga
Memberi sedikit kepada mak dan abah di kampung.

Keempat
Pre saving untuk saya dan anak3. Pre saving ini ada nilai tetapnya.

Kelima
Takaful (biasa dipotong secara automatik)

Keenam
Budget untuk keperluan anak2 taska dan belanja harian seperti minyak, tol, makan dan lain2

Ketujuh
Post saving sekiranya berbaki dan tiada nilai tetap. Dilakukan sehari sebelum Hari Gaji.

Perkiraan berdasarkan Peratus.
1. Hutang, Zakat, Takaful, income tax, 2/4 dari gaji bersih
2. Abah Emak & pre-saving, 1/4 dari gaji bersih
3. Budget untuk keperluan anak2 taska dan belanja harian seperti minyak, tol, makan dan lain2, 1/4 dari gaji bersih
4. Post-saving sekiranya ada.

Sekiranya kita disiplin dalam pengurusan kewangan.
Saya pasti anda akan terkejut dari hasil PreSaving anda.
Bagi saya Presaving adalah penting untuk kita berdisplin dalam menabung.
Presaving lah mengikut kemampuan.
Dan belajar untuk berbelanja perkara keperluan sahaja.
Sekiranya ingin mengeluarkan Saving, pastikan tidak melebihi dari 1/3 saving yang kita ada.

Pengurusan kewangan itu sangat penting bagi Si Makan Gaji.
Ingat ya perkara wajib, hutang/pinjaman, zakat perlu diutamakan dahulu.
InShaa Allah keberkatan kewangan akan seiringan.

Thursday, 26 December 2013

HAWA (WANITA) BUKAN PENYEBAB ALLAH MENURUNKAN ADAM & HAWA DARI SYURGA

BISMILLAH
Saya terpanggil menulis berkenaan ini kerana terdengar seorang Ustaz berceramah di salah satu stesen radio.
Saya bukan membangkang apa yang diulas oleh Ustaz tersebut. Tetapi saya mencari fakta sebenar kisah ini berdasarkan dalam ayat2 Al-Quran.

ISLAM SANGAT MENGHORMATI WANITA.
Sesungguhnya Islam amat menghormai wanita, sehinggakan ada satu surah yang banyak menceritakan perihal wanita surah iaitu Surah An-Nisaa yani surah Ke-4 dalam Al-Quran.

Surah An-Nisaa' bermaksud "Perempuan" سورة النساء - mengandungi 176 ayat. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain.

Selain itu ada satu lagi surah yang banyak bercerita berkenaan wanita iaitu surah At Thalaq.Surah AL-Thalaq menceritakan berkenaan hak2 wanita dan keadilan semasa penceraian berlaku.

WANITA BUKAN PUNCA ADAM & HAWA DIHALAU DARI SYURGA
Subhanallah.
Berdasarkan pencarian saya yang jahil & kurang ilmu ini didapati, tiada satu pun ayat di dalam Al-Quran yang menyatakan HAWA adalah punca Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa dihalau/diturunkan oleh Allah S.W.T dari syurga.
Yang dinyatakan dalam Al-Quran, syaitan lah penyebabnya bukanlah Hawa.
Allah tidak menyalahkan Hawa (tiada satu pun firman Allah menyatakan sedemikian) tetapi Allah S.W.T menyatakan kisah pengusiran Adam & Hawa adalah disebabkan oleh hasutan Syaitan.

Surah Al-Baqarah ayat 35 & 36
“Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim"
( QS Al Baqarah : 35 ) 

"Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan asal"  
( QS Al Baqarah : 36 )

Surah Al-A'raf ayat 19-25
(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim"  
( QS Al-A'raf : 19 ) 

"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka aitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)"
( QS Al-A'raf : 20 ) 

"Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua"
( QS Al-A'raf : 21 )  

"maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"
( QS Al-A'raf : 22 )  

"Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi"
( QS Al-A'raf : 23 )  

"Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan"
( QS Al-A'raf : 24 )  

"Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan"
( QS Al-A'raf : 25 )  

Ya Allah.
Subhanallah.
Surah Al-Baqarah ayat 35-36 & Surah Al-A'raf ayat 19-25 amat jelas menyatakan syaitanlah punca Nabi Adam A.S dan isterinya hawa diusir dari syurga.
Ia bukanlah kesalahan hawa semata seperti yg diceritakan oleh 'Ustaz' tersebut,
Saya sebagai orang yang jahil dan masih baru belajar memohon para ustaz di luar sana tidak mengelirukan pendengar. Berilah penerangan yang jelas disertai bukti2 ayat Al-Quran & Hadis2 yang sahih.
Kerna setiap apa yang kita lontarkan dan orang dengari akan ditanya oleh Allah kelak di sana.
Wallahualam.

Wednesday, 30 October 2013

Rezeki Allah itu pasti!

Alahamdullilah.
Allah beri lagi kami rezeki.
Syukur yang teramat sangat.

Pengalaman ketiga. Subhanallah, memang dirancang & Allah perkenankan. Kali ini jarak tidak terlalu lama tapi kami rasa sudah cukup sesuai. Insya Allah.

Mual, muntah, mulut pahit, Ya Allah itu semua dugaan.
Susah nak senyum & cepat stress, sangat mudah tersentuh & tak boleh dengar suara yang kuat & deras.
Ya Allah tension sungguh rasanya.
Astagfirullah, cuba hadapi dgn tenang walaupun pelbagai dugaan.

Hari ini dah masuk minggu ke-10, mual, muntah & mulut terasa pahit masih belum hilang lagi.
Tak sabar menanti minggu ke 12 dan ke atas.
Allah tarik sedikit nafsu makan, padahal sebelum ini pantang jumpa pastinya berselera sahaja.
Itu semua dugaan.

Untuknya wanita hamil, pahala berganda bila beribadah.
Melahirkan juga satu perjuangan.
Syukur Allah beri peluang ini lagi. Alhamdulillah.

Semoga semuanya berjalan lancar. Sokongan suami yang paling penting. Kali ni tak boleh langsung bau ikan, sotong, udang mentah.
Dan dah lama juga dapur itu tidak berasap.
Maaf ye suami & anak2, Insya Allah akan kembali seperti sediakala nanti.
Tak sabar menanti anugerah ini tahun hadapan.
Permudahkan semuanya Ya Allah.
Amin Ya Rabb.



Wednesday, 3 July 2013

"Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita"

Sedang berjalan nak ke kelas petang tadi, terserempak dengan seseorang yg aku rasa sgt familiar. Ye, aku kenal dia & aku ingat namanya. Dia schoolmate aku. My senior 1 tahun. Ye & tak salah lagi, tapi aku x sempat pun nak tegur sebab terkocoh2 ke kelas (student dah call sebab lewat 10 minit..hihi). Mungkin dia ambil davance diploma & dia seorg nurse. Ya itu tanggapan aku. Aku kenal dia kerana dia glemer, seorang pengawas & sangat dikenali semasa di zaman sekolah.

Memang ramai aku jumpa kawan2 sekolah yang dulunya selalu disanjung guru2. Aku pula hanyalah pelajar biasa, tiada istimewa pun. haha..cikgu pun tak kenal. Dulu, aku merasa sangat2 rendah diri. Siapalah aku ye?..huhu sedih banget. tapi sekarang Alhamdulillah..Masing-masing dengan rezeki masing2. Walaupun aku tidak seglemer mereka, tiada disanjung atau diingati di sekolah. Syukur kepada Allah S.W.T nasibku amat baik..sangat baik..

Semoga Allah memberi yang baik2 untuk aku, suamiku, anak2ku, ibu bapaku & seluruh keluargaku.

Teringat kata-kata ini "Jangan fikirkan pandangan manusia, fikirkanlah pandangan Allah pada kita, Insya Allah kita akan bahagia & diberkati."


Puteri yang dinanti

Bismillah.
Dah lama sungguh x update blog nih. Sangat lama. Sampaikan my gegel dah nk masuk setahun 7 bulan. 
Alhamdulillah nikmatnya dapat anak perempuan. Memang itulah yang kami sekeluarga impikan. Now dah ada Papa, Mama, Abang & Adik. Syukur sangat.

Kehadiran adik memang kami nantikan. Best betul bila dapat tahu baby tu adalah seorang perempuan. Sooooooo excited!!.. Alhamdulillah kelahiran my gegel dipermudahkan Allah S.W.T. pukul 7 pg masuk labour room, 8.10 pg dah bersalin, berat baby 2.92kg. Bersyukur sangat2. Sampaikan Doktor2 kat labour room tu terkejut & sangka akan secepat itu. Mujurlah ada seorang Doktor senior yg round & perasan yang baby dah nak keluar. Yelah siapa sangka. Kelahiran abang pn sakit melebihi 6 jam, empunya badan sendiri tu pun x menyangka begitu mudah bersalin kali ini. 

Puteri comel kami, Nur 'Izz Kaisah (Nur-cahaya, 'Izz-Kekuatan, Kaisah-yang cantik lagi bijaksana) nama yg penuh pengertian. Semoga Kaisah menjadi cahaya kepada kami sekeluarga, mempunyai kekuatan iman untuk menghadapi dugaan & rintangan, menjadi seorang wanita yg cantik lagi bijaksana, amin, Insya Allah.

Monday, 28 May 2012

Alahai.., Baby Kaisah masih tak pandai menyusu guna botol..& solid foodnye yang pertama....

Sebelum Kaisah dilahirkan memang hati ni dah bertekad akan bagi susu badan sekurang2nya 6 bulan & kalu boleh sampai 2 tahun..Alhamdulillah sampai sekarang Kaisah masih menyusu badan lagi..dia mmg x mo susu lain, dh try da tapi dia akan buang...

Tapi masalah besar apabila Kaisah masih tak pandai minum susu pakai botol, walaupun dah melatihnya hampir 2 months, dgn pelbagai jenis teat...sekarang kaisah dah 6 bulan ++ dan dah seminggu dok si nurseri & masih juga x mo susu dengan botol walaupun baby sitter (BS) yg bagi sua kan susu tu pada dia...adoi memang buat mama betul2 risau..

Oleh kerana risau yang teramat sgt, bimbang Kaisah lapar di nurseri, terpaksalah perkenalkan dia dgn solid food, tepat umurnya 180 days (kebetulan masa tu aku baru mula masuk keje)..Ramai yang bising2, tapi nak buat macamanakan..MEREKA TAK RASA APA YANG AKU RASA, RISAU & TAKUT BERCAMPUR BAUR..macam2 difikiranku.., camne Kaisah di nurseri, nanti dia lapar, susu botol dia x mo, dia nak minum ape kalu mama sibuk keje...
Dan apa yang membuatkan aku untuk berikan selain dari sebab utama di atas adalah Kaisah akan menunjukkan minat bila tengok org lain makan..pastu mulutnya akan bunyi, macam teringin nak makan..

My 1st try adalah puree, kentang tu aku lenyek2 & kisarkan..tp Kaisah x suka, dia akan buang semula..Ok, 2nd try puree plus dgn susu ibu.., masih taknak...My Third try bubur nasi dikisar bersama carrot, memula ok, suapan ketiga Kaisah luahkan, dia taknak..my hubby kata mungkin dia tak nak makan lagi..ok la..tapi hati memang gundah gulana sebab Kaisah dah semakin kuat menyusu...adoila..

At last aku call my friend, dia memang seorang dietition, dia saranlan kalu dah x boleh semua, last try bagi cerelec easy digest..tin biru..aku pun try walaupun hati terasa agak berat.., Alhamdulillah, Kaisah memang suka sgt..tapi aku bagik cair2, campur dengan susu ibu...selepas 3 hari try..Alhamdulillah Kaisah poo dengan elok jek..xsembelit pun..aritu try puree kentang & nasi, poo dia agak keras & nangis bila nak teran...adoi..cian anak mama..

Sekarang, Kaisah di nurseri pun aku akan susukan dia 2 hourly, sebelum masuk keje kul 8 pg, pastu kul 10pg, kemudian kul 12.30tgh-kul 2ptg & kul 5ptg sebelum balik umah..di nurseri BS bagi makan cerelec plus susu ibu...

Itulah kisahnye..., org tak tahu apa yg aku rasa, sebagai seorang ibu yang anaknya memang refuse botol., semestinya kita hendak beri yg terbaik untuk anak kita.., lagipun Kaisah is not my 1st child..ada dah pengalaman dengan anak yg 1st dulu...Abg long memang bleh makan bubur nasi yg mama buat & menyusu botol dengan baik..karenah anak2 adalah tidak sama..apa yg kuharapkan, buat masa terdekat ni xdelah kursus atau outstation jauh2..sian anak mama Kaisah nanti...bak kata suamiku, biarlah apa org nak cakap, yg penting kita tahu apa yg terbaik untuk anak kita, kerna kita lebih kenal anak2 kita... :)

Wednesday, 23 May 2012

Assalamualaikum...
Rindunya nak tulis blog..!!!
Sangat lama tak menulis..hehe. maklumle cuti rehat seminggu sebelum bersalin plus cuti bersalin 3 bulan plus cuti tanpa gaji 3 bulan.... :)
Dekat 6 bulan ++ tak jenguk my blog..
Kehidupan yang berbeza setelah 6 bulan + + meninggalkan blog..hehe..
Sekarang anak dah bertambah, yang seronok dah ade teman, my little girl Nur 'Izz Kaisah yang sangat manja.. :) 
..kalu dulu dengan my beloved son, Muhammad Ihtifazhuddin yang dah nak masuk 5 ys..hehe..cepat betul masa berlalu...
Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat bahagia.. :)