Hari ini hari kedua kita menjalani ibadah puasa, macam2 menu dalam kepala ni nak buat..hehe, kebetulan ada siakap dalam freze tu..pikir2 punya pikir..at last jeng..jeng..jeng...
Menu untuk hari kedua berpuasa ialah :
1. Siakap 3 Rasa
2. Telur dadar (untuk Si kecik)
3. Kangkung Goreng Belacan (kangkung belakang rumah yang dah lama tak terbela..haha)
4. Tepung Pelita (beli bazar Ramadhan je, sebab tak reti buat)
5. Buah Tembikai (semalam punye ada lagi separuh).
6. Air Oren je la..
Memula bila sampai umah nanti mestilah nak tanak nasik dulu..Ikan dah siap buh bahagian defrost kat peti ais tu..hehe
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan Utama
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
Bahan2 yang Dihiris
1/2 Biji Bawang Besar
1/2 Biji Bawang Besar
1 Ulas Bawang Putih
Sebatang Serai
5 Biji Cili kecil
1/2 cm Halia
Setangkai Cabai Besar Warna Merah
Bahan2 Lain
Setangkai Cabai Besar Warna Merah
Bahan2 Lain
3 Sudu Kecil Asam jawa (dibancuh dengan 1 cawan air)
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Cili Kisar
Gula secukup rasa
Cara2
1. Goreng ikan siakap dengan kunyit & garam dan ketepikan.
2. Panaskan lebih kurang 3 sudu makan minyak bekas gorengan ikan tadi.
3. Tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau.
4. Masukkan Cili Kisar & Sos Tiram
5. Masukkan asam jawa yang sudah dibancuh
6. Masukkan gula ikut citarasa masing2 (aku suka bubuh gula lebih sbb nak kurangkan masam asam jawa)
7. Tunggu dalam 5 minit.
8.---Tips---Tak perlu bubuh garam sebab Sos Tiram & ikan siakap tu dah masin.
8.---Tips---Tak perlu bubuh garam sebab Sos Tiram & ikan siakap tu dah masin.
9. Tuangkan di atas Ikan Siakap yang digoreng tadi & hidangkan
10. Dah siap pun..yey!!!
***Sesetengah orang tambah nenas & tomato untuk rasa masam manis, tapi aku rasa resepi ni dah cukup untuk makan 2 org..hehe
***Ada jugak yang tambah dengan sos tomato & sos cili tapi rasanya jadi cam ikan masak masam manis je..tapi yang penting resepi aku ni ikut citarasa sendirik..hehe
Kangkung Goreng Belacan
Bahan utama
Sayur Kangkung (tak tau lagila berapa ikat yang dapat kat belakang umah tu..hehe)
Bahan yang ditumbuk dengan lesung
1/2 Biji Bawang Besar
1 Ulas Bawang Putih
8 Biji Cili kecil
Belacan besar ibu jari (betul ke sukatan ni?..hehe, bantai je la..)
3 Sudu Makan Minyak Masak
Garam & Gula Secukup Rasa
Cara2
1.Panaskan Minyak Masak
2.Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau
3. Masukkan Garam & Gula secukup rasa
4.Masukkan kangkung
5. ----tips---Goreng sayur perlu api besar supaya sayur tak nampak layu sangat
6.Biarkan kangkung masak.
7. Angkat & Hidangkan...
hehe...tu je la resepi hari ini...malas nak buat yang complicated..hehe
babai
No comments:
Post a Comment