Thursday, 28 July 2011

Surah Luqman yang baik diamalkan ketika mengandung..

Surah Luqman ni orang kata bagus terutama diamalkan waktu pregnant..untuk mendapat anak yang soleh & solehah... 

Surat Luqman (سورة لقمان) adalah surat ke-31 dalam Al Quran.
Surat ini terdiri dari atas 34 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyyah.
Nama Luqman diambil dari kisah tentang Luqman yang diceritakan dalam surah ini tentang bagaimana ia mendidik & menasihati anaknya dan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang wajib kita syukuri serta kekuasaan Allah S.W.T.

Siapakah Luqman??
Tapi dalam hati tertanya2, siapakah Luqman itu sebenarnya??, apa istimewanya Luqman sehinggakan Allah S.W.T mengabadikan namanya dalam kitab suci Al-Quran.  
Akhirnya dapat jugak maklumat berkenaan Luqman...

Luqman / Luqmanul Hakim adalah seorang yang Soleh dan memiliki akhlak yang mulia, akhlak yang berasakan iman yang kukuh.
Di dalam surah ini Allah memberikan pelajaran kepada kita akan kesolehan Luqman dalam memberikan nasihat kepada anaknya, yakni nasihat yang mengandungi unsur KEILMUAN yang mendalam, KEIKHLASAN yang suci dan KECINTAAN yang tinggi.

Oleh kerana itu, Allah memberikan hikmah kepada Luqman, tetapi Allah tidak memberikan wahyu, kerana wahyu diperuntukkan bagi seorang Nabi.
Menurut Ibnu Katsir, Luqman adalah seorang lelaki soleh, ahli ibadah, pengetahuan dan hikmah yang luas.
Ada yang mengatakan bahwa dia adalah seorang hakim pada zaman Daud as. Wallahu A’lam.

Kandungan Surah Luqman
Di ayat awal surah Luqman memberitahu bahawa  Kitab (Al-Quran) mengandungi ayat-ayat   yang terisi dengan hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh & menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik. 
Amal baik yang dimaksudkan ialah orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. 
Orang2 inilah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Allah, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Pada ayat yang seterusnya pula menerangkan berkenaan orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.  

Di antara orang-orang tersebut ialah :
1. Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang boleh menyebabkan diri sendiri & orang lain sesat dari agama Allah. Orang-orang ini bertindak tidak berdasarkan pengetahuan.
2. Orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai bahan ejekan.

3. Orang yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran, Dia berpaling dengan angkuhnya, seperti ada penyumbat pada kedua telinganya.


Ayat ke 8 & 9 dalam Surah Luqman menceritakan tentang janji Allah S.W.T yang Maha Kuasa, lagi Bijaksana tentang balasan syurga kepada  orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ayat yang seterusnya pula menceritakan bahawa Allah telah mencipta langit dengan tidak bertiang, gunung-ganang yang kukuh di bumi  supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan isinya & Allah S.W.T membiakkan berbagai jenis binatang & Allah juga menurunkan hujan dari langit, serta menumbuhkan berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. Maka, siapa yang menyembah melainkan Allah, mereka adalah orang yang zalim (syirik) berada dalam kesesatan yang jelas nyata.


Bermulanya cerita Luqman adalah pada ayat yang ke 12, di mana ayat ini menceritakan bahawa Allah telah memberi hikmat kebijaksanaan & memerintahkan Luqman bersyukur kepada Allah akan segala nikmatNya. Dan Allah menyatakan bahawa sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


Nasihat Luqman kepada anak2nya

1. Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".


2. Wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Allah dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Allah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

4. Tetapi jika mereka berdua (ibu bapa)  mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan Allah  maka janganlah engkau taat kepada mereka, dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Allah lah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.


5. "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Dirujuk dari Ayat 16)


6. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Dirujuk dari Ayat 17)


7.  "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Dirujuk dariAyat 18)

8.  "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".(Dirujuk dari Ayat 19)


Nikmat & kekuasaan Allah, balasan kepada manusia yang bersyukur & manusia yang kufur.
Kemudian surah ini menceritakan mengenai nikmat2 & kemudahan yang dikurniakan Allah di langit dan yang ada di bumi, dan yang zahir dan yang batin tetapi masih ada di antara manusia yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah. Manusia2 ini hanya menurut apa yang datuk nenek mereka terdahulu lakukan.
Namun kepada sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah dengan ikhlas sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh dan ingatlah kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

Allah berfirman kepada Nabi Muhammad "sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada". (Dirujuk dari Ayat 23)

Kepada orang2 yang kufur ini Allah akan berikan mereka menikmati kesenangan sementara di dunia, kemudian Allah akan memaksa mereka dengan menyeretnya ke dalam azab yang amat berat.

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Dirujuk dari Ayat 25)

Nikmat & kekuasaan Allah
Allah pemilik langit & bumi, Allah Maha Kaya lagi Terpuji

Dinyatakan dalam surah ini, sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pen, dan segala lautan dijadikan  dakwat, dengan ditambah kepada tujuh lautan lagi, maka tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. 
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Dirujuk dari ayat 27)

Bagi Allah tidak susah bagi-Nya untuk menciptakan kita semua & membangkitkan kita hidup semula sesudah mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Dirujuk dari ayat 28)

Allah juga berkuasa untuk menjadikan malam & siang silih berganti dan  menjadikan matahari dan bulan untuk faedah & kemudahan makhluk-makhlukNya. 
Tiap-tiap satu dari keduanya (matahari & bulan/siang & malam) beredar pada masa yang telah ditetapkan-NYA. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Dirujuk dari ayat 29)

Allah yang bersifat penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan  kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. 
Dan ingatlah, sesungguhnya Allah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. (Dirujuk dari ayat 30)

Dinyatakan juga pada surah ini berkenaan nikmat & kemurahan Allah kepada kapal-kapal belayar di laut. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti untuk berfikir bagi tiap-tiap mukmin yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. (Dirujuk dari ayat 31)

Pada orang2 yang berlayar ini, apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. 
Namun, bila Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya.
Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi. (Dirujuk dari ayat 32)

Peringatan Allah Kepada Manusia
Surah ini juga menyeru supaya : -
1. Kita hendaklah bertaqwa kepada Allah
2.Takutilah hari akhirat kerana pada waktu itu seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. 
3. Ingatlah bahawa janji Allah itu adalah benar.
4. Janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
5. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.
6. Allah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). 
7. Tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat).
8. Tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.
9. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
(Dirujuk dari ayat 33 & 34)


Wallahualam...

Friday, 22 July 2011

Di sebalik Surah Ar-Rahman (Bahagian 2)

Sambungan Surah Ar-Rahman dari ayat 29 hingga 78...

 "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Seperti yang kita tahu ayat diatas diulangi sebanyak 31 kali pada surah Ar Rahman, bermula dari ayat 13..

Pada ayat 29 -78 surah Ar-Rahman lebih menceritakan tentang balasan kepada Manusia & Jin yang kufur serta nikmat  & keindahan di Syurga bagi Manusia & Jin yang baik amalannya ...

Pada ayat 29 menyatakan bahawa setiap masa Allah sentiasa dalam urusannya(mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya), di mana sekalian makhluk di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya..

Di dalam surah ini juga dinyatakan bahawa Allah hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal manusia dan jin (pada hari kiamat), namun Allah menyatakan jin dan manusia tidak akan dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasanNya.

Pembalasan bagi Manusia & Jin yang Ingkar
Kepada golongan Manusia & Jin yang kufur ingkar, mereka akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar) & mereka ini tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). 

Ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak, pada masa itu tiada sesiapapun (sama ada manusia atau jin), yang akan ditanya tentang dosanya. Ini kerana masing-masing dapat dikenali berdasarkan keadaan mereka. Di mana orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya (contohnya rupa paras, keadaan fizikal & sebagainya). Lalu, orang2 berdosa ini dipegang dari atas kepala dan kakinya serta diseret ke neraka. Lalu dikatakan kepada mereka "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya (tidak mempercayainya)". Mereka terus diseksa berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak & sangat panas! 

Pembalasan bagi Manusia & Jin yang baik amalannya & beriman (Keindahan Nikmat Syurga)
Namun bagi orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya, disediakan baginya dua Syurga. Syurga sebagai balasan amal yang baik : ~

Dua Syurga yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir dan terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan yang biasa dan yang luar biasa. Penghuni Syurga akan bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan pada sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam. Buah-buahan yang terdapat pada kedua-dua Syurga itu sangat hampir  untuk dipetik.

Di dalam Syurga-syurga itu juga terdapat bidadari-bidadari
cantik berseri seperti permata delima dan marjan yang pandangannya tertumpu kepada mereka semata-mata, yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.

Dan selain dari dua Syurga itu, terdapat dua Syurga lagi. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Penduduk Syurga itu bersenang-senang di dalamnya dengan berbaring di atas bantal-bantal dan cadar-cadar yang berwarna hijau  serta permaidani-permaidani yang sangat indah. 

Indahnya Syurga itu..Subhanallah
..Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. 

Wasalam

Di sebalik Surah Ar-Rahman (Bahagian 1)

Alhamdullilah, hari ini dikurniakan umur & kesihatan yang semakin baik...semalam batuk teruk waktu malam..adoi, rasa siksa sangat, nak makan lozenge pun kena tengok internet untuk tahu lozenge mana yang boleh dimakan untuk preggy woman...huhu

Hari ini kalu boleh nak baca terjemahan surah Ar-Rahman pulak..apakah sebenarnya maksud disebalik surah Ar-Rahman ni ye, pada bahagian ini cuma dari ayat 1 - 28 je. Insya Allah ayat seterusnya akan disambung lain kali.

Surah Ar-Rahman (Arab: الرّحْمنن) adalah surah ke-55 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 

Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, yaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Semalam salah seorang calon qariah Tilawah Al-Quran dari India ada baca ayat2 dari surah ini ..memang sedap je bacaannya kerana terdapat kalimat Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban   (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)  yang terletak di setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia & Jin. Ia adalah Ciri khas surah ini kerana kalimat tersebut berulang 31 kali. Kalimat ini bermula pada ayat ke 13 pada surah ini.

Di dalam surah ini menyatakan betapa pemurahnya Allah S.W.T kerana Allah berkuasa mengajarkan manusia Al-Quran, mencipta manusia, membolehkan manusia bertutur & menerima penyataan. Allah juga berkuasa mengatur matahari & bulan beredar mengikut peraturan & hitungan tertentu. Tumbuhan & pohon kayu juga menurut peraturan Allah. Allah mengadakan langit membumbung tinggi serta undang2 & peraturan neraca keadilan.

Dengan nikmat dan kemurahan Allah ini adalah sebagai teladan manusia supaya tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Allah berfirman :~

"Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."
Surah Ar-Rahman : Ayat 9

Jika dilihat pada ayat ini. Dari sudut menimbang pun Allah S.W.T sentuh. Menimbang barangan dalam jual beli sangat diambil berat oleh Allah S.W.T, kerana rezeki yang datang dari penipuan walaupun sedikit adalah HARAM.

Pada ayat yang seterusnya, Allah berfirman bahawa, DIA menjadikan bumi ini rata & adil untuk kegunaan manusia & semua makhluk-NYA. Nikmat Allah jika kita lihat terdapatnya buah-buahan, pepohon kurma yang punya kelopak mayang, bijian yang berjerami & berdaun (seperti padi & gandum), dan bunga-bungaan yang harum.

Di dalam surah ini juga Allah menceritakan tentang kejadian manusia dari tanah liat kering seperti tembikar & Jin adalah dari lidah api yang menjulang & Allah berkuasa mentadbir timur dan barat.
Bila terbaca ayat 19-20 dalam Ar-Rahman, teringat dalam FB ada seorang friend hantar satu movie pendek berkenaan air tawar & air sungai yang tidak bercampur walaupun ia bertemu. Perkara ini memang terbukti dalam 2 ayat ini yang bermaksud :

"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu" ~ Ar-Rahman : Ayat 19

"Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya" ~ Ar-Rahman : Ayat 20

Subhanallah dalam Al-Quran sendiri tertulis..!!!..Kagumnya..!!

 Pertemuan air masin & air tawar, namun ia tidak bercampur seolah2 ada yang membatasinya

 Sungai Tawar dalam air laut, ditemui oleh Mr.Jacques Yves Costeau, seorang Ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. 

Tidakah kita berfikir Qur'anul Karim yg telah tertulis 1400 tahun lalu, saat belum ada peralatan oceanography secanggih abad 20. Allahuakbar!!!

Pada ayat 22 pula bermaksud :
"Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan" ~ Ar-Rahman : Ayat 22

Di dalam Al-Quran sendiri tertulis berkenaan Mutiara & Marjan. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini ditemukan di dasar laut yang luas terbentang sebagai bukti kekuasaanNya.. Subhanallah.

  Mutiara dalam lautan

 Marjan
Apa itu Marjan?, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu, tapi berdasarkan pencarian, diketahui bahawa Marjan adalah sejenis batu berwarna merah, ada merah terang dan ada merah tua. Ada kalanya juga berwarna putih dan ada juga yang hitam berkilat.  Jika dilihat dengan teliti kelihatan jalur-jalur seperti urat-urat kayu yang di potong. Sekarang ianya amat jarang ditemui kerana adanya kawalan alam sekitar yang ketat. Berbeza dari batu permata yang lain, marjan atau coral ini ialah berasal dari bahan organik seperti mutiara. Batu ini mengandungi kalsium yang tinggi. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini adalah antara perhiasan-perhiasan syurga. Subhanallah.. (dipetik dari : http://amar-azophil.blogspot.com/2010/04/mutiara-dan-marjan.html)

Kemudian, pada ayat yang seterusnya menyatakan Allah menguasai kapal2 yang berlayar di laut. Namun segalanya yang ada di bumi itu akan binasa...yang kekal adalah Dzat Allah yang mempunyai kebesaran & kemuliaan...

bersambung.....




Tuesday, 19 July 2011

Ihtifaz ooo..Ihtifaz, makan kedai mamak, 'racket' & 'ball'

Oh la anakku Ihtifaz...adoi, rasanya aku & hubby je faham karenah dia ni, sampai hubby aku kata..anak kita pelik skit la..hahaha..
Ihtifaz memang ikut perangai mama dia, sedikit degil (hubby aku kata kalu nak A, maka A lah jadinya, kalau B, maka B la..takkan dengar punya pendapat org lain)..hehe aku degil ke??... :)

Ceritanya bermula pada malam tu kami bercadang nak makan kat satu kedai mamak. Ihtifaz awal2 lagi aku dh buatkan dia nasi goreng sbb kalau ke kedai makan time dia lapar, asyik mengacau jek..maka, Ihtifaz pun aku suapkan nasi goreng sebelum bersip2 pg makan kat kedai.

Semasa bersiap2 tu, si kecik ni pun kata nak bawak 'racket' badminton..
Aku kata "mana bleh main badminton kat kedai makan"..
Ihtifaz jawab "Saya tak nak main kat kedai, nak letak kat car jek" (Ihtifaz memang bahasakan dirinya "saya", menurut katanya x bleh cakap "aku" berdosa tau..haha)
Aku kata "bawaklah tapi letak kat car je tau"..si kecik tu mengangguk sambil cari "ball' untuk "racket"nya itu.

Ihtifaz kata "Mama, mana 'ball'?, ihtifaz nak 'ball' untuk racket nih"
Aku & hubby buat tak reti je, terus dukung si kecik & 'racket'nya dalam kete & terus ke kedai makan.

Sampai kedai makan, dia mengamuk & merengek taknak makan, sebab 'ball' dia tu tak sempat nak bawak tadi. Kami buat tak reti sampai habis makan, dan sampai habis makanlah mulut sikecik tak berhenti2 merengek & menangis nak ambil jugak 'ball' dia tu..dah berapa kali tangan aku ni cubit2 sikecik ni (cubit2 sayang la, kalu berbekas nanti kata mama dera anak plak..haha), tapi x jalan pun.. adoila..nangis & merengek & menangis ...tension je rasa..huhu

Sebaik sampai rumah, sikecik terus mencari 'ball' yang dimaksudkan..tapi tidak semudah itu, dia mintak balik semula ke kedai sebab dia tak makan lagi tadi (sbb dok merengek nak ambil 'ball')..

Apa lagi, kena la pukulan hangat dari papa plak, tetapi masih tetap dengan pendiriannya nak ke kedai semula..walaupun mama kata "kedai dah tutupla, dah malam" ~~ tapi pujukan x jalan..huhu

Sehinggalah mama kata "Ihtifaz pegila kedai, nanti mama ambil tilam Ihtifaz, Ihtifaz tido kat luar, kat luar gekap ada dog"..sikecik senyap seketika..papa pula kata "Ihtifaz tido luar, papa nak main PSP kat atas"..dia senyap lagi..
Tiba2 sikecik itu berkata "Saya nak makan kat rumah, tak nak makan kat kedai, saya taknak tido luar, saya nak main PSP ngan papa"..fuh legaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Namun ia tidak habis di sini...............hahahaaaaaaaa

Monday, 18 July 2011

Kisah arwah Ayu & Keadilan dalam Islam

Aku ada terbaca dalam FB, salah satu friend aku mengutuk kes  pembunuhan gadis malang bernama AYU.., dan menyatakan perasaan geram & marah dengan si pelaku, &  dia berpendapat si pelaku tidak perlu dibicarakan, harus terus dibunuh seperti mana yang dilakukan pada AYU. 

Dalam diam aku kurang bersetuju dengan pendapatnya, kerana bagi aku semua yang dilakukan perlu adil & saksama..walaupun dalam hati, rasa geram & benci dengan si pelaku sgt membara..bunuh, potong & bakar..kejamnya... !!!

Namun, jangan sekali-kali kita mengungkit apa bangsa & agama si pelaku..Agama & bangsa tidak salah, yang bersalah adalah si pelaku tersebut.. pendapat saya semua agama tidak kira agama wahyu atau budaya menuntut si penganut melakukan kebaikan.

Mungkin sudah kebiasaan kita mengungkit bangsa & agama si pelaku kekejaman, contohnya bangsa Melayu bencikan bangsa india terutama bila kes2 yg melibatkan kekejaman terhadap bangsa sendiri (contoh kes datuk Sosilawati), begitu juga yang Cina tidak mempercayai Melayu kerana kes2 yang juga melibatkan kekejaman pada bangsanya (contoh kes mendiang Kenny Ong), begitu juga bangsa India & bangsa2 bumiputra yang lain.

Ye, diakui, kita hidup perlu berhati2 terutama semasa bergaul tak kira dengan siapa dan bangsa apa..ada juga bangsa Melayu melakukan kekejaman kepada bangsa sendiri, begitu juga bangsa cina, India & lain2 bangsa..tetapi ia tidak dipandang & tidak menimbulkan isu yang besar kerana melibatkan bangsa masing2..berapa ribu kes bangsa Melayu merogol bangsa sendiri, bangsa Cina membunuh bangsa sendiri (kes kongsi gelap), bangsa India bergaduh sesama sendiri sehingga berbunuhan...Namun kesannya tidak seteruk kes yang melibatkan berlainan bangsa..

Apa ada pada bangsa??, perlukah kita bersikap tidak adil hanya kerana yang salah itu bukan dari bangsa kita??..keadilan itu sangat penting untuk pesalah & untuk mangsa serta keluarga2 yang terlibat.

Fahamlah bahawa, Islam itu agama, Melayu itu bangsa..Islam & Melayu itu tidak sama..tidak semua Melayu itu Islam & tidak semua yang beragama Islam itu berbangsa Melayu..jangan kita berbangga hanya kita ini bangsa Melayu yang Islam, tetapi apa maksud Tauhid pun kita tidak tahu, maksud ayat Kursi pun kita tidak tahu, walhal setiap kali sebelum tidur ayat kursi lah peneman, tetapi apa gunanya kalau ia hanya sekadar menghafal..

Begitu juga dengan bangsa & agama2 lain, contohnya tidak semua bangsa India beragama Hindu ada juga bangsa India yang beragama Islam, kristian dan sebagainya. Begitu juga bangsa Cina, tidak semua Cina adalah penganut Buddha. 

Ketahuilah bahawa bangsa tidak menunjukkan agama & agama juga tidak menunjukkan bangsa. Tidak semua penganut agama tersebut mematuhi agamanya..Ada yang patuh & ada juga yang tidak..

Pendapat saya semua agama menuntut penganutnya hormat menghormati, bersikap adil, jauhi pergaduhan dan dekatkan diri dengan keamanan.

Begitu juga dengan agama Islam, keadilan dalam Islam sudah termaktub dalam Al-Quran...Firman Allah yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
- SURAH ALMAA’IDAH AYAT 8

Allah sangat-sangat mementingkan keadilan yang tidak terbatas pada penganut Islam  & bangsa tertentu sahaja tetapi ia meliputi semua kaum & bangsa...mengapa kita perlu mengambil jalan sendiri untuk tidak adil??..sedangkan inilah ajaran Islam yang sebenar iaitu KEADILAN...

Segala apa tindakan kita sebagai seorang Islam, jangan terlalu emosi, perlu lebih rasional & bertindak mengikut panduan Al-Quran & Hadis...kerana sudah kebiasaan manusia memandang perlakuan seseorang sebagai wajah pada agama & bangsanya...berhati-hati dengan setiap perkataan & tingkah laku kita..
Wallahualam..

Thursday, 14 July 2011

Taknak sakit bersalin.........

Bila preggy 2nd baby ni rasa x sama macam yg 1st. Walaupun 1st 3 months tu masih ada rasa mual2 & muntah2 sama macam preggy yg 1st, tapi pengalamannya sgt berbeza..memang bila preggy kali ni rasa penat sgt pada 3 bulan pertama. Penat & letih yg susah digambarkan (masa yg 1st tu, xdela rasa penat sgt)..tapi yg aku xleh control emosi nak marah & menyampah bila tengok lelaki..hahaha..terutamanya kwn2 lelaki la, kalu ada hubungan muhrim ke sedara ke takde la pulak rasa menyampah tu timbul..pelik tulkan???...dah nama pun pregnant..macam2 karenah la..haha..

Pastu aku rasa sume lelaki2 ini cam berbau yg tak menyenangkan..adoi..masalah betollah..kalau boleh aku nk elakkan dari bercakap & dok dekat2 ngan diorg..tapi nak wat camne, dh kawan kerja, terpaksala berkomunikasi gak..tapi kena kawal sedikit, walaupun muka aku ni jenis xleh nak simpan emosi...hehe...
Tapi itu hanya pada 3 bulan pertama, bila dh masuk 4 bulan semua penyakit x diundang tu dh hilang dengan sendiri..emosi aku dh stable semula...hehe..sori kengkawan aku bukan sengaja pun...ni pembawaan bby la kot..haha

Sekarang kandungan aku dah masuk 21 minggu, last week skan tuk tengok jantina, Dr kata kalu x jelas kemungkinan girl...best jugak dengar, kalu le betul girl dapatlah sepasang..hehe..baju budak pompuan banyak yg cantik2 & banyak pilihan..anak aku yg sulong tu susah skit nak cari baju dia..maklumla boy, asyik2 T-shirt & Jeans, kemeja petak2..alaaa..bosan betulla...haha

Satu hari aku bersembang2 ngan kawan2 pompuan aku, citer pasal bersalin..dia kata waktu bersalin anak kedua dia tak rasa sakit langsung sampai bukaan 10 cm pun tak rasa sakit...tak macam dia bersalin 1st dalam labour room tu hampir 26 jam sakit..huhu..lama tu, tapi bersalin yang kedua hanya 45 minit shj dalam labour room, Masya Allah, bestnya rasa.....tapi masa aku bersalin 1st dulu lama gak, 6 jam dalam labour room...sakitnya tuhan je yg tahu...

Tapi bukan senang untuk 'tidak sakit' masa bersalin kat sini ada beberapa petua yang menjadi panduan dari kawan aku yg langsung tak rasa sakit waktu bersalin :-

1. Solat jangan tinggal (kalau boleh diawal waktu).

2. Tidak melawan suami, kalu rasa x puas hati, jangan sesekali tinggi suara, bincang elok2 (kalau boleh senyap kalau nak elak pergaduhan)...hehe, boleh ke aku nak wat camni?..adoi susah ni...

3. Mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur, salam & cium tangan suami..alamak yg ni pun susah skit, sebab selalu aku tidur dulu, x sempat nk mintak maaf..ngeee

4. Bila ada tanda2 untuk bersalin, minum air selusuh.

5. Sebelum masuk bilik bersalin tu call / sms mak abah kita, mak abah mentua mintak maaf banyak2 kat diorg, mintak dipermudahkan..mohon maaf jugak kat suami..(alamak segannya ngan mak abah mentua aku nih.., takpe aku try la..Insya Allah)..~ kawan aku kata memula rasa segan jugak, tapi mak abah mentuanya siap solat hajat lagi, sbb risau kat menantu tetiba je mintak maaf..hahaha ~

Aku nak cuba la ikut panduan2 ni..tapi yang best sangat waktu preggy kali ni aku suka sangat baca terjemahan Al-Quran..Insya Allah aku doakan anak2 aku nanti jadi anak2 yg soleh & solehah..Waktu yang 1st selalu baca Al-Quran, tapi yang kali ni rajin baca terjemahan pulak..

Kalu bab mimpi2 tu, memula di awal kandungan aku mimpikan dapat baby lelaki yang sihat (memang jelas sgt nampak baby tu)..lepas tu aku mimpi dapat anak perempuan & susukannya (mimpi ni kurang jelas), tapi semua mimpi tu dh lepas subuh, bilamana aku terjaga dengar azan subuh, pastu tertidur balik..adoi.., pastu terjaga agak lewat, tapi masih sempat solat subuh..bila tanya kawan2 masing2 ada tafsiran sendiri..tapi aku berserah je pada Allah kerana :

"..Allah yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka & yang di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (untuk diberitahu kepadanya).." 
~ sedikit terjemahan dari ayat kursi, Surah Al-Baqarah ayat 255

kerana aku yakin dengan ketentuan Allah & sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku, suami, anak2, mak abah & mak abah mentua & adik beradik serta ipar duai..Insya Allah...

Semoga proses bersalin aku yang kedua ini akan dipermudahkan oleh Allah, akan disempurnakan perjalanannya..Insya Allah & aku berniat & berdoa semoga anak aku ini lahir pada 1 Muharam nanti..(kalau ikut EDD jatuh pada 27 Nov = 1 Muharram)...Insya Allah...