Friday, 31 March 2017

Pengurusan Kewangan Si Makan Gaji

Assalamulaikum.

Kenaikan dan penurunan harga barang memang amat dirasai.
Terutama pada saya, Si Makan Gaji,
Gaji yang tidaklah besar dan tidak juga terlalu kecil.
Hari gaji adalah hari yang paling dinanti.
dan saya amat peka dengan tarikh ini.

Pertama
Membayar hutang sekiranya ada (Hutang pinjaman kereta, rumah, hutang kad kredit, hutang dengan kawan2)

Kedua
Saya akan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas kita.

Ketiga
Memberi sedikit kepada mak dan abah di kampung.

Keempat
Pre saving untuk saya dan anak3. Pre saving ini ada nilai tetapnya.

Kelima
Takaful (biasa dipotong secara automatik)

Keenam
Budget untuk keperluan anak2 taska dan belanja harian seperti minyak, tol, makan dan lain2

Ketujuh
Post saving sekiranya berbaki dan tiada nilai tetap. Dilakukan sehari sebelum Hari Gaji.

Perkiraan berdasarkan Peratus.
1. Hutang, Zakat, Takaful, income tax, 2/4 dari gaji bersih
2. Abah Emak & pre-saving, 1/4 dari gaji bersih
3. Budget untuk keperluan anak2 taska dan belanja harian seperti minyak, tol, makan dan lain2, 1/4 dari gaji bersih
4. Post-saving sekiranya ada.

Sekiranya kita disiplin dalam pengurusan kewangan.
Saya pasti anda akan terkejut dari hasil PreSaving anda.
Bagi saya Presaving adalah penting untuk kita berdisplin dalam menabung.
Presaving lah mengikut kemampuan.
Dan belajar untuk berbelanja perkara keperluan sahaja.
Sekiranya ingin mengeluarkan Saving, pastikan tidak melebihi dari 1/3 saving yang kita ada.

Pengurusan kewangan itu sangat penting bagi Si Makan Gaji.
Ingat ya perkara wajib, hutang/pinjaman, zakat perlu diutamakan dahulu.
InShaa Allah keberkatan kewangan akan seiringan.