Monday 6 June 2011

Panasnya Cuaca

Sejak akhir2 ni cuaca panas terik, malam pun aku dok pasang air-cond jek memanjang..adoila, dah le takrif elektrik dh naik, camne nak berjimat nih??..hahaha

Incik suami pun dh mula rasa perit tekak, x sihat & nak demam..adoyai cuaca sekarang memang x menentu, anak aku lak dh la x tahan panas..kalu panas jek naik ruam satu badan pastu kena alergik plak...huhu, sian sgt..

Bila fikir2 kesian kat budak2 bila cuaca pun x menentu, udara pun x bersih..ini ditambah pula ngan manusia yg tak fikirkan orang lain, merokok merata2, tak kira kawasan tu ada budak kecik ke, orang tua ke, pompuan mengandung ke.., takde rasa hormat dengan orang persekitaran dan alam semesta..ini belum lagi campur dengan asap kilang, kereta, lori & sebagainya...

Bila kita amati siri2 cuaca x menentu kejap terik, kejap hujan lebat, banjir kilat adalah disebabkan manusia juga..manusia yang tak pandai jaga bumi yang didiami. Antara contoh yg mudah adalah buang sampah merata2, buang putung rokok, bekas minuman/makanan, buang kertas tisu keluar dari kereta, yg perempuan muka cantik make up tebal, yang lelaki pakai tie, kemas, berkereta mewah tapi otak dan akal anugerah Allah tidak diguna dengan sebaik2nya..x tahu kah mereka ni membuat kotor adalah satu dosa??..Setiap apa yang kita buat, satu persatu akan dihitung oleh Allah kelak walaupun kesalahan hanya sebesar biji sawi...Islam itu BERSIH & SUCI, tapi bila non-muslim melihat orang Islam sendirik buang sampah merata2, adakah itu menunjukkan yang Islam itu bersih??...

Bila dah sampah pun banyak, longkang & parit pun tersumbat, bila banjir kilat terjadi ramai yang menyalahkan dewan bandaran la pihak sana pihak sini. Pernah satu ketika masuk berita yang longkang tersumbat, kawasan kediaman dipenuhi sampah, lalat di sana sini, tetapi siapa yg dipersalahkan??, seperti biasalah dewan bandaran tak buat penyelenggaraan,  x pernah datang untuk kutip sampah yang ada..tetapi bila difikirkan akar umbi adanya sampah adalah dari mana??? bukankah dari mereka2 si pembuang sampah yang membuang sampah pada tempat yang tak sepatutnya???..bila tengok kawasan tersebut kita pun boleh tahu tabiat penduduknya yang tidak boleh menguruskan sampah dengan betul. Bekas aiskrim depan pintu rumah, botol minuman dicampak sana sini...itu belum dilihat bekas2 makanan basi yang bertaburan dan dihurungi lalat (aku & Incik suami berpandangan bila berita tersebut menunjukkan kawasan kediaman yang dimaksudkan)...

Kadang2 kita tengok orang yang menuding kesalahan org lain nampak bijak tetapi dia tidak lah sebijak mana sekiranya tidak memikirkan apakah sebenarnya asas dan akar umbi masalah tersebut..
wallahualam

No comments: