Thursday 26 December 2013

HAWA (WANITA) BUKAN PENYEBAB ALLAH MENURUNKAN ADAM & HAWA DARI SYURGA

BISMILLAH
Saya terpanggil menulis berkenaan ini kerana terdengar seorang Ustaz berceramah di salah satu stesen radio.
Saya bukan membangkang apa yang diulas oleh Ustaz tersebut. Tetapi saya mencari fakta sebenar kisah ini berdasarkan dalam ayat2 Al-Quran.

ISLAM SANGAT MENGHORMATI WANITA.
Sesungguhnya Islam amat menghormai wanita, sehinggakan ada satu surah yang banyak menceritakan perihal wanita surah iaitu Surah An-Nisaa yani surah Ke-4 dalam Al-Quran.

Surah An-Nisaa' bermaksud "Perempuan" سورة النساء - mengandungi 176 ayat. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain.

Selain itu ada satu lagi surah yang banyak bercerita berkenaan wanita iaitu surah At Thalaq.Surah AL-Thalaq menceritakan berkenaan hak2 wanita dan keadilan semasa penceraian berlaku.

WANITA BUKAN PUNCA ADAM & HAWA DIHALAU DARI SYURGA
Subhanallah.
Berdasarkan pencarian saya yang jahil & kurang ilmu ini didapati, tiada satu pun ayat di dalam Al-Quran yang menyatakan HAWA adalah punca Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa dihalau/diturunkan oleh Allah S.W.T dari syurga.
Yang dinyatakan dalam Al-Quran, syaitan lah penyebabnya bukanlah Hawa.
Allah tidak menyalahkan Hawa (tiada satu pun firman Allah menyatakan sedemikian) tetapi Allah S.W.T menyatakan kisah pengusiran Adam & Hawa adalah disebabkan oleh hasutan Syaitan.

Surah Al-Baqarah ayat 35 & 36
“Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim"
( QS Al Baqarah : 35 ) 

"Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan asal"  
( QS Al Baqarah : 36 )

Surah Al-A'raf ayat 19-25
(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim"  
( QS Al-A'raf : 19 ) 

"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka aitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)"
( QS Al-A'raf : 20 ) 

"Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua"
( QS Al-A'raf : 21 )  

"maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"
( QS Al-A'raf : 22 )  

"Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi"
( QS Al-A'raf : 23 )  

"Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan"
( QS Al-A'raf : 24 )  

"Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan"
( QS Al-A'raf : 25 )  

Ya Allah.
Subhanallah.
Surah Al-Baqarah ayat 35-36 & Surah Al-A'raf ayat 19-25 amat jelas menyatakan syaitanlah punca Nabi Adam A.S dan isterinya hawa diusir dari syurga.
Ia bukanlah kesalahan hawa semata seperti yg diceritakan oleh 'Ustaz' tersebut,
Saya sebagai orang yang jahil dan masih baru belajar memohon para ustaz di luar sana tidak mengelirukan pendengar. Berilah penerangan yang jelas disertai bukti2 ayat Al-Quran & Hadis2 yang sahih.
Kerna setiap apa yang kita lontarkan dan orang dengari akan ditanya oleh Allah kelak di sana.
Wallahualam.